Persepsi Guru Sekolah Rendah Menengah Perlaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah Di Daerah Kluang,johor

Shanmugam, Murugaya and Sidin, Zaitun (2010) Persepsi Guru Sekolah Rendah Menengah Perlaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah Di Daerah Kluang,johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru-guru sekolah rendah mengenai kesediaan mereka bagi pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) di daerah Kluang,Johor. Subjek kajian terdiri daripada 190 orang guru-guru yang berkidmat di sekolah rendah di daerah Kluang. Persampelan keperluan digunakan untuk memilih responden. Dapatan kajian menunjukkan secara umumnya 55% guru bersetuju dan mempunyai persepsi yang tinggi dengan niali min 3.72 terhadap pelaksaan PBS. Kajian ini juga melihat persepsi guru mengenai kemahiran dan pengetahuan mereka, kemudahan infrastruktur, kelebihan PBS dalam memantau perkembangan murid. Hasil kajian menunjukkan kesediaan guru dari segi pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan PBS adalah paling tertinggi iaitu 3.83 dengan 112 responden (58.9%) diikuti dengan 78 responden (41.1%) pada tahap sederhana. Nilai min keseluruhan kesediaan guru ialah 3.83. Selain itu,persepsi guru mengenai kemudahan infrastruktur di sekolah untuk melaksanakan PBS mempunyai nilai min 3.62 dengan 53.7% responden pada tahap tinggi,44.2% pada tahap sederhana dan 2.1% pada tahap rendah. Seterusnya, seramai 102 (53.7%) responden mempunyai persetujuan yang tinggi mengenai persepsi guru terhadap pelaksanaan PBS dan peningkatan beban kerja guru dengan nilai min 3.71. Sementara itu, seramai 103 (54.2%) responden mempunyai persetujuan yang tinggi mengenai persepsi guru mengenai keupayaan PBS untuk menilai kebolehan murid secara berterusan jika dibandingkan dengan sistem penilaian berpusat dengan nilai min keseluruhan 3.71. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi guru dengan setiap konstruck yang dikaji. Kesimpulannya, persepsi guru mengenai pelaksanaan penilaian berasaskan sekolah di sekolah adalah pada tahap tinggi.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10330
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 08:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7056

Actions (login required)

View Item View Item