Metacognitive Scaffolding Through Facebook In Authoring System Subject

Abd Rahman, Noor Azizah and Tasir, Zaidatun (2010) Metacognitive Scaffolding Through Facebook In Authoring System Subject. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti mekanisma bagi metakognitif scaffolding yang diaplikasikan dalam subjek Sistem Gubahan melalui aplikasi Facebook terutamanya yang melibatkan skrip dan kemahiran. Perspektif dalam perbincangan yang berkaitan dengan kemahiran komputer melalui Facebook turut dibincangkan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan digunakan untuk mengumpul dan menanalisis data dikalangan pelajar-pelajar sarjana dari Universiti Teknologi Malaysia,Skudai,Johor yang mengambil subjek Sistem Gubahan sebagai sampel. Teori yang digunakan sepanjang menjalankan kajian ini ialah teori sosial konstruktivisme yang diperkenalkan oleh Lev Vygotsky. Instrumen yang digunakan adalah pemerhatian dan wawancara dimana permerhatian yang dibuat adalah berdasarkan komen yang diberikan dalam Facebook. Sampel yang terlibat adalah seramai 12 orang dan dipilih secara sukarela. Data yang telah dikumpulkan dianalisis secara kualitatif dengan menggunakan teknik kod McKinnon untuk memberikan kod pada semua komen yang diberikan. Daripada hasil kajian,mekanisma metakognitif scaffolding yang paling tinggi dalam perbincangan tentang subjek Sistem Gubahan adalah 'pangkuan' manakala yang paling rendah adalah ;kontras', 'idea kepada contoh'. Tambahan lagi, dalam proses mempelajari skrip yang memerlukan kemahiran,perbincangan selalunya dimulakan dan dibantu dengan mekanisma 'soalan' dan dengan menggunakan 'penjelasan', dan 'perbandingan' untuk meneruskan komen sehingga akhir perbincangan. Para pelajar juga menyatakan bahawa perbincangan yang melibatkan teori adalah lebih sesuai berbanding kemahiran teknikal melalui Facebook. Namun, keberkasanan perbincangan secara online adalah bergantung kepada situasi.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10321
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Curriculum and Instructions > Pedagogy
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 08:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7047

Actions (login required)

View Item View Item