Satu Kajian Kategori Masalah Dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa Di Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat Utm Skudai,johor Peringkat Doktor Falsafah

Hasim, Norhidayah and Syed Mansor, Syed Mohd Syafeq (2010) Satu Kajian Kategori Masalah Dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa Di Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat Utm Skudai,johor Peringkat Doktor Falsafah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kategori masalah dalam kalangan pelajar-pelajar antarabangsa di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat. Seramai 108 orang pelajar telah dipilih secara rawak untuk menyertai kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah Mooney Problem Check List (MPCL) yang yang mengandungi 220 item. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS 11.5). Teknik statistik pemeratusan telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa kategori masalah yang paling mengganggu responden adalah pelajaran dan kerjaya masa depan (63.5%), kurikulum dan kaedah pengajaran(55.5%) dan kegiatan muda mudi perkahwinan dan seks (48.3%). Manakala item yang paling kurang mengganggu responden pula ialah kesihatan dan pertumbuhan jasmani (36.9%), sosial dan rekreasi (36.1%) dan kewangan, keadaan kehidupan dan pekerjaan (35.3%), Oleh itu beberapa cadangan dikemukakan untuk mengatasi masalah tersebut.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10288
Subjects: Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 08:43
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7014

Actions (login required)

View Item View Item