Kerja Sepasukan Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan guru Sekolah Rendah Daerah Pontian Johor.

Mohd.yunus, Mohd.faizal and Boon, Yusof (2010) Kerja Sepasukan Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan guru Sekolah Rendah Daerah Pontian Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kerja sepasukan merupakan satu kaedah kerjasama yang sering diamalkan di sekolah pada masa kini untuk membantu meningkatkan keupayaan dan kemahiran individu dalam melakukan tugasan bersama dalam satu kumpulan. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat tahap keberkesanan kerja sepasukan dan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah kebangsaan gred A zon bandar di daerah Pontian. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat perhubungan diantara kerja sepasukan dengan kepuasan kerja bagi lapan buah sekolah yang telah dipilih oleh pengkaji. Sebanyak 290 orang guru merupakan responden dalam kajian ini. Instrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik yang telah dibina oleh pengkaji . Data-data kajian dianalisis menggunakan Perisisan Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 17.0 for Windows. Dapatan dari kajian menunjukkan bahwa tahap keberkesanan kerja berpasukan dan kepuasan kerja dalam lapan buah sekolah gred A zon bandar di daerah ini berada pada tahap yang sederhana. Analisis ujian-t pula menunjukkan terdapat perbezaan diantara kepuasan kerja guru berdasarkan kepada perbezaan jantina dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan gred A zon bandar daerah Pontian. Selain itu hasil dapatan kajian ini juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kerja sepasukan dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan gred A zon bandar di daerah Pontian ini. Sebaliknya dapatan kajian mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan berkaitan tentang umur dengan kepuasan kerja guru dalam kalangan guru sekolah kebangsaan gred A zon bandar daerah Pontian.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10268
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 08:43
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6994

Actions (login required)

View Item View Item