Teaching Approaches Employed By Secondary School teachers In Teaching Literature Component In english

Ramlan, Najah and Zainal, Zaidah (2010) Teaching Approaches Employed By Secondary School teachers In Teaching Literature Component In english. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Komponen sastera merupakan salah satu komponen penting di dalam kurikulum baru bagi subjek Bahasa Inggeris untuk semua sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Komponen sastera ini mengemukakan objektifnya untuk membantu pelajar supaya minat untuk membaca dan juga untuk membentuk keperibadian mereka. Bagaimanapun, jarang sekali aspirasi ini diaplikasikan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru-guru Bahasa Inggeris semasa mengajar komponen sastera, rasional bagi pemilihan kaedah tersebut dan juga untuk mengenalpasti perbezaan di antara kaedah pengajaran yang digunakan oleh guruguru di sekolah kategori bandar serta luar bandar. Data bagi kajian ini diperolehi menerusi borang soal selidik dan responden bagi kajian ini ialah 149 guru-guru Bahasa Inggeris yang mempunyai pengalaman mengajar subjek ini di sekolah menengah. Dalam kajian ini, didapati kaedah pengajaran berasaskan guru lebih kerap digunakan berbanding kaedah pengajaran berasaskan pelajar. Tambahan pula, kaedah pengajaran berasaskan guru lebih kerap digunakan oleh guru-guru luar bandar manakala guru bandar lebih cenderung menggunakan kaedah pengajaran berasaskan pelajar semasa mengajar sastera kepada pelajar. Jenis pelajar yang akan diajar merupakan penentu kepada jenis kaedah pengajaran yang dipilih oleh responden. Sebab pemilihan kaedahkaedah tersebut adalah kerana pelajar mereka tidak mempunyai tahap kompetensi yang diperlukan, maka adalah sukar bagi responden untuk mengajar sastera menggunakan kaedah pengajaran berasaskan pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10257
Subjects: Curriculum and Instructions > Pedagogy
Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 08:43
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6983

Actions (login required)

View Item View Item