Kebolehan Membaca Kanak-kanak Prasekolah

Ngarip, Zaleha and Abu Bakar, Zainudin (2010) Kebolehan Membaca Kanak-kanak Prasekolah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kebolehan membaca kanak-kanak prasekolah di daerah Kota Tinggi, Johor. Gabungan kaedah telah digunakan untuk meneroka kebolehan membaca kanak-kanak bagi mengetahui dan mendapatkan pemahaman yang menyeluruh berkaitan dengan kebolehan membaca kanak-kanak prasekolah. Dua jenis prasekolah telah dipilih dalam kajian ini iaitu prasekolah kerajaan dan prasekolah swasta. Dua orang kanak-kanak, dua orang ibu bapa dan dua orang guru dari setiap prasekolah telah dipilih sebagai responden. Ujian Kesediaan Membaca telah digunakan untuk mengukur tahap kebolehan membaca kanak-kanak. Kaedah temu bual telah dijalankan untuk menerangkan data kuantitatif. Data kualitatif pula digunakan untuk menjelaskan data kuantitatif. Dapatan kajian mengenai kebolehan membaca kanak-kanak di kedua-dua jenis prasekolah tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Hasil temu bual menunjukkan bahawa ibu bapa dan guru di kedua-dua prasekolah mengamalkan budaya membaca yang sama dan menyediakan persekitaran yang kondusif tanpa mengira tahap kebolehan membaca dan latar belakang kanak-kanak. Kesimpulannya, untuk meningkatkan kebolehan membaca kanak-kanak, budaya membaca dan persekitaran yang bersesuaian haruslah disediakan agar kanak-kanak berkenaan mendapat pendidikan membaca yang sempurna. Pandangan dan cadangana juga turut dibincangkan dalam kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10243
Subjects: Childhood Education > Early Childhood Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 08:43
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6969

Actions (login required)

View Item View Item