Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (jsu) Dalam Membina Ujian Bilik Darjah

Mohd, Mohd Fakhrudzafie and Abu Bakar, Zainudin (2010) Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (jsu) Dalam Membina Ujian Bilik Darjah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi guru-guru terhadap penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dalam membina ujian bilik darjah. Beberapa aspek menjadi fokus kajian iaitu pengetahuan guru-guru terhadap proses pembinaan ujian bilik darjah, tahap kemahiran pembinaan JSU di kalangan guru-guru dan kefahaman tentang kepentingan JSU dalam pembinaan ujian bilik darjah. 45 orang guru dari SK Taman Mutiara Rini telah terlibat dalam kajian ini. Soal selidik telah digunakan sebagai alat pengumpulan data. Data yang dikumpulkan telah dianalisis kepada bentuk kekerapan, peratusan dan nilai-nilai min menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS). Keputusan menunjukkan tahap pengetahuan guru-guru SK Taman Mutiara Rini terhadap proses pembinaan ujian bilik darjah bagi ketiga-tiga aspek; penentuan objektif ujian, perancangan ujian dan pentadbiran ujian berada pada tahap tinggi. Guru-guru didapati mempunyai tahap pengetahuan paling tinggi bagi aspek pentadbiran ujian dengan min 4.52. Bagi Tahap Kemahiran Guru Dalam Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), para guru didapati mempunyai kemahiran bagi Pengetahuan Dan Pengalaman Dalam Membina JSU berdasarkan min tertinggi 3.97. Seterusnya persepsi guru terhadap kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dalam Pembinaan Ujian Bilik Darjah menunjukkan kecenderungan tinggi bagi aspek Kepentingan JSU Dalam Membina Ujian Bilik Darjah dengan min 3.74. Hubungan di antara persepsi guru-guru terhadap kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dalam pembinaan ujian bilik darjah dengan pengalaman guru dalam pembinaan ujian bilik darjah adalah bersifat positif. Secara kesimpulannya, pengetahuan guru dalam pembinaan ujian dalam bilik darjah mempunyai nilai min yang paling tinggi. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan dalam kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10226
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 08:43
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6952

Actions (login required)

View Item View Item