English Language Skills For School Leaver Employees in Manufacturing Industry In Batam: a Target Situation Analysis

, Maulina Dwi Sari and Mohd Omar, Noor Adibah (2010) English Language Skills For School Leaver Employees in Manufacturing Industry In Batam: a Target Situation Analysis. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Penelitian kualitatif ini dilaksanakan untuk mengetahui kebolehan berbahasa Inggeris yang digunakan oleh pekerja berlatar belakangkan sekolah menengah di peringkat operator. Penyelidikan ini dilakukan sehubungan dengan penerapan ESP sebagai subjek muatan tempatan di sekolah menengah di Batam, Indonesia. Sebagai salah satu bandar industri di Indonesia, Batam mempunyai posisi yang sangat kuat dalam menuntut tenaga kerja untuk memiliki kemampuan berbahasa Inggeris untuk komunikasi di tempat kerja. Penyelidikan dilakukan dalam tempoh yang terhad menggunakan empat instrument kajian: soal selidik, wawancara, pemerhatian, dan analisis dokumen untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan dalam kajian ini. Kajian ini diharapkan dapat mendedahkan maklumat tentang kejadian komunikatif yang melibatkan pekerja berlatarbelakangkan pendidikan sekolah menengah, peristiwa komunikatif yang melibatkan Bahasa Inggeris, dan kekerapan berlakunya peristiwa komunikatif Bahasa Inggeris di tempat kerja. Penemuan tersebut menunjukkan bahawa peristiwa komunikatif utama yang melibatkan pekerja berkelulusan sekolah menengah adalah membaca arahan kerja, dan mengisi borang kerja atau senarai semak. Kedua peristiwa ini disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Penemuan ini menjadi maklumat yang berharga bagi pengamal ESP dalam merancang kelas ESP dan melaksanakan ESP sebagai subjek muatan tempatan di sekolah menengah.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10208
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 08:43
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6934

Actions (login required)

View Item View Item