Kaji Selidik Tentang Faktor Yang Menyumbang Kepada Permasalahan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Di Tiga Jenis Sekolah Menengah di Pulau Pinang

Mohamad Nasir, Mohd Nassary Rusmady and Harun, Hafizah (2011) Kaji Selidik Tentang Faktor Yang Menyumbang Kepada Permasalahan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Di Tiga Jenis Sekolah Menengah di Pulau Pinang. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) merupakan subjek yang penting dalam mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pelbagai masalah sosial yang melibatkan golongan pelajar belasan tahun seperti pengambilan dadah, pergaulan bebas, tidak menghormati ibubapa, dan sebagainya sering berlaku pada masa kini. Menurut Datuk Dr. Shafie Mohd Salleh, guru memainkan peranan dalam melahirkan insan berprestasi unggul. Oleh itu, amat perlu penyelidik melakukan kajian di sekolah menengah untuk mengenalpasti masalah pengajaran dan pembelajaran bagi subjek PJK. Kajian ini dijalankan di tiga buah sekolah menengah terpilih iaitu Sekolah Menegah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian. Seramai 150 orang pelajar tingkatan empat yang terdiri daripada 82 orang pelajar lelaki dan 68 orang pelajar perempuan dipilih secara rawak sebagai subjek. Kajian ini berbentuk deskriptif bertujuan untuk mengenalpasti faktor sekolah, guru atau pelajar yang mempengaruhi permasalahan terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek PJK. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik yang mempunyai 30 item soalan. Segala data yang diperolehi dikumpulkan dan diproses dengan menggunakan program SPSS yang menjurus kepada kekerapan dan nilai min melalui pengelasan skala Likert iaitu tidak setuju (1,2), tidak pasti (3) dan setuju (4,5). Hasil dapatan kajian yang diperolehi dapat dirumuskan bahawa faktor pelajar dan guru berada pada skala setuju yang mana faktor-fator tersebut tidak mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran subjek PJK dengan nilai min sebanyak 3.93 dan 3.64. Manakala dari segi faktor sekolah berada pada skala tidak pasti kerana memperoleh nilai min 3.38. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa keputusan yang diperolehi boleh memberi impak kepada pihak tertentu untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran PJK di sekolah.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10191
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 08:43
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6917

Actions (login required)

View Item View Item