Keberkesanan Latihan Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor Terhadap Atlet Hoki Universiti Teknologi malaysia (utm)

Abdullah, Mas Murni @ Zaiton and Zainuddin, Zainal Abidin (2011) Keberkesanan Latihan Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor Terhadap Atlet Hoki Universiti Teknologi malaysia (utm). Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan latihan kecergasan fizikal yang dijalankan ke atas atlet Hoki UTM. Seramai 22 orang subjek yang terdiri daripada 11 lelaki dan 11 wanita diukur tahap kecergasan mereka melalui enam ujian berasaskan lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois, Ujian Reaksi Kaki Nelson dan Ujian Lompat Jauh Berdiri. Kajian ini melibatkan ujian pra dan ujian pos. Sebelum menjalani ujian pos, subjek akan melalui fasa latihan yang telah ditetapkan dalam tempoh masa enam minggu. Prestasi yang diperolehi akan dinilai berdasarkan norma asal dan akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 16.0. Data dari ujian pos bagi prestasi atlet lelaki dan wanita menunjukkan peningkatan menerusi semua komponen yang diuji. Bagi atlet lelaki komponen koordinasi, ketangkasan dan imbangan menunjukkan peningkatan tetapi berada di tahap sederhana. Komponen kelajuan, masa reaksi dan kuasa menunjukkan peningkatan pada tahap yang baik. Bagi prestasi bagi atlet wanita pula, kelajuan menunjukkan peningkatan tetapi ianya berada pada tahap lemah menerusi norma asal dan komponen kuasa masih di tahap di bawah sederhana. Bagi komponen koordinasi, imbangan dan ketangkasan di tahap sederhana dan masa reaksi menunjukkan peningkatan ke tahap yang baik. Bagi atlet lelaki, dapatan ujian pra dan ujian pos bagi komponen koordinasi (p<0.001), kelajuan (p<0.001), imbangan (p<0.003), ketangkasan (p<0.001), masa reaksi (p<0.009), dan kuasa (p<0.001) pada nilai keertian (p< 0.05). Dapatan bagi wanita juga menunjukkan nilai signifikan (p< 0.05) bagi komponen koordinasi (p<0.001), kelajuan (p<0.001), imbangan (p<0.001), ketangkasan (p<0.001), masa reaksi (p<0.001), dan kuasa (p<0.022). Kajian juga merekodkan perbezaan perubahan prestasi diantara jantina. Tiada perbezaan signifikan antara jantina bagi semua komponen kecuali koordinasi dan imbangan. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa latihan yang diikuti oleh atlet hoki UTM memberikan peningkatan positif terhadap prestasi. Walaubagaimanapun, ianya boleh di tingkatkan lagi dengan penambahbaikan jadual latihan yang sedia ada. Latihan yang biasa dilakukan oleh atlet hoki UTM adalah latihan seperti taktikal, bebanan, dan kecergasan fizikal.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10186
Subjects: Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 08:42
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6912

Actions (login required)

View Item View Item