Rekacipta Instrumen Standing Broad Jump bagi Ujian Kekuatan Otot

Mohd Jusoh@ahmad, Momamad Firdaus and Mohd Nor, Mohad Anizu (2011) Rekacipta Instrumen Standing Broad Jump bagi Ujian Kekuatan Otot. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Ujian lompat jauh berdiri adalah merupakan satu ujian bagi menguji komponen kekuatan otot kaki ataupun kuasa didalam kecergasan fizikal. Objektif utama kajian adalah bertujuan untuk merekabentuk instrumen baru, berteknologi digital dan mudah alih untuk memudahkan kaedah pengukuran dilaksanakan dengan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kesahan instrumen diuji menggunakan kaedah kesahan sejajar dengan mengambil kira nilai korelasi serta nilai kebolehpercayaan dengan pengukuran keadah manual ujian kekuatan otot kaki dan ujian menggunakan instrumen standing broad jump dalam dua masa yang berbeza. Kajian dilakukan untuk melihat perbandingan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrument serta melihat potensi pasaran instrumen berdasarkan soal selidik yang diedarkan. Seramai 10 orang pelajar sains sukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terlibat dalam kajian ini. Prosedur ujian dijalankan dengan mengambil bacaan jarak oleh instrumen sehingga pengguna melengkapkan tiga set lompatan (set satu akan melengkapkan lima kali lompatan) dan membuat lompatan sejauh yang mampu. Soalan soal selidik diedarkan selepas ujian dilaksanakan. Data-data mentah yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Packages For Social Science 15.0 (SPSS 15.0) dan Microsoft Excel 2007. Analisis korelasi Pearson dan Spearman Rho digunakan untuk melihat kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Keputusan kajian korelasi Pearson bagi kesahan instrumen ialah r=0.9999145 manakalan korelasi Spearman Rho ialah r=1 iaitu pada tahap korelasi yang sangat kuat. Kesimpulannya instrumen standing broad jump sesuai dijadikan alat utama kepada pengukuran kekuatan otot kaki kaedah manual untuk memudahkan proses ujian dijalankan dan meningkatkan minat individu untuk menjalankan ujian.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10161
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 08:42
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6887

Actions (login required)

View Item View Item