Pembinaan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Bagi Topik Pecahan (tambahan Dan Tolak Pecahan)

Tee, Keok Kwee (2000) Pembinaan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Bagi Topik Pecahan (tambahan Dan Tolak Pecahan). Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian yang lepas menunjukkan pelajar-pelajar sering menghadapi masalah dalam penguasaan kosep pecahan dan melakukan operasi tambah dan tolak pecahan . Oleh itu , projek ini bertujuan membina sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) multimedia bagi topik Pecahan . Isi kandungan perisian ini adalah berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan Satu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia . Skop perisian ini meliputi konsep konsep asas pecahan dan juga operasi tambah dan tolak pecahan. Perisian ini menggabungkan strategi rekabentuk pengajaran tutorial , latih tubi dan permainan. Teori Konstruktivisme digunakan dalam penyampaian sesuatu konsep . Perisian ini juga direkabentuk untuk memberi pembelajaran yang konsisten tidak kira tempoh masa serta kekerapan menggunakannya . Sebahagian besar isi kandungan modul interaktif adalah disediakan dengan item-item yang boleh ditukar-tukar bertujuan memberikan pengguna menghadapi interaksi yng berlainan dan menggunakannya berulangkali tanpa membosankan. Perisian PBK multimedia ini dibina dengan menggunakan perisiam Macromedia Authoware 4.0 dengan Adobe Photoshop 5.0 sebagai perisian sokongan utama bagi tujuan pembinan dan pengeditan grafik. Selain itu peisian Ulead Gif Animator digunakan untuk pengeditan animasi dan garafik dan perisian Xara 3D digunakan untuk menyediakan teks dalam bentuk grafik. Perisian Sound Forge digunakan untuk tujuan mengedit bunyi , muzik dan juga rakaman suara. Diharapkan perisian PBK ini dapat membantu pelajar menguhkuhkan pemahaman konsep pecahan dan menjadi pembelajaran matematik lebih bermakna dan menyeronokkan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01682
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 30 Sep 2014 07:39
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6806

Actions (login required)

View Item View Item