Kemahiran Berfikir Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Tambahan.

Ismail, Hassan and Bakar, Md Nor (2000) Kemahiran Berfikir Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Tambahan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Pembelajaran Matematik, khususnya penyelesaian masalah dalam matematik Tambahan bukan sahaja memerlukan banyak latihan tetapi juga memerlukan kemahiran berfikir. Kajian ini memperlihatkan keupayaan pelajar menggunakan pelbagai strategi dalam penyelesaian masalah Matematik Tambahan yang berkaitan dengan kemahiran berfikir. Instrument kajian yang digunakan ialah soal selidik. Sampel seramai 60 orang pelajar dipilih daripada dua buah sekolah menengah di daerah Tumpat. Hasil dapatan dan rumusan didapati pencapaian pelajar yang dikaji adalah ditahap sederhana sahaja iaitu 51.7%. Walaupun begitu pencapaian ini tidaklah menggambarkan pencapaian pelajar keseluruhanya. Sehubungan dengan itu, usaha yang berterusan haruslah dijalankan untuk memupuk kemahiran berfikir dikalangan pelajar dan usaha ini banyak bergantung kepada pihak sekolah khususnya guru. Kemahiran berfikir bukanlah satu subjek yang perlu diajar secara berasingan tetapi ia adalah satu teknik pengajaran yang memelrukan pelajar berfikir. Oleh itu guru perlulah mengajar kemahiran berfikir dalam matematik supaya pelajar boleh menjadi seorang pemikir yang lebih baik dan seterusnya diharapkan proses pembelajaran matematik tambahan akan menjadi lebih seronik, bermakna dan mencabar untuk para pelajar. Kajian ini juga dihaparkan sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada semua dan kajian lanjutan dialu-alukan bagi memperluaskan bidang kajian ini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01626
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Social Aspects of Education > Generic Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 30 Sep 2014 07:35
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6750

Actions (login required)

View Item View Item