Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Menggunakan Perpustakaan Dalam Menarik Minat Membaca Di Kalangan-pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu, Kuantan, Pahang Darul Makmur

Mamat, Rusli and Mohd Sidin, Sanusi (2000) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Menggunakan Perpustakaan Dalam Menarik Minat Membaca Di Kalangan-pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat factor-faktor yang mempengaruhi penggunaan perpustakaan dalam menarik minat membaca dikalangan pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Serembu, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti kemudahan fizikal yang disediakan di perpustakaan, minat membaca dikalangan pelajar dan bentuk motivasi yang mendorong pelajar ke perpustakaan. Kajian ini berbentuk tinjauan melalui instrumen set soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang pelajar yang dipilih secara rawak mudah. Kajian rintis dan kajian sebebnar dijalankan dengan kerjasama pihak pentadbiran institusi berkenaan. Soal selidik diproses dan dianalisis dengan kaedah peratusan. Dapatan kajian antaranya memperlihatkan bahawa 45% responden tidak setuju bahawa perpustakaan mempunyai ruang yang luas untuk membaca. 61% responden pula tidak setuju bahawa perpustakaan mampu menampung jumlah pengguna yang besar. 90% responden bersetuju bahawa mereka pergi ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. 77% bersetuju bahawa membaca adalah kegemaran mereka. 92% bersetuju bahwa pensyarah menggalakkan mereka membaca dan 82% bersetuju bahawa pensyarah menggalakkan kami menggunakan perpustakaan. Di antara cadangan yang telah disarankan ialah satu bangunan perpustakaan yang baru perlu dibina, masa perkhidmatan perpustakaan perlu ditambah, pihak pengurusan seharusnya menyedia bahan-bahan rujukan terkini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01604
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 30 Sep 2014 07:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6728

Actions (login required)

View Item View Item