Kajian Masalah Pembelajaran Pelajar Dalam Memahami Beberapa Konsep Elektrokimia Dengan Menggunakan Peta Konsep.

Tarlok Singh, Balbir Kaur and Shariffudin, Rio Sumarni (2000) Kajian Masalah Pembelajaran Pelajar Dalam Memahami Beberapa Konsep Elektrokimia Dengan Menggunakan Peta Konsep. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar sekolah menengah dari Tingkatan Empat dalam matapelajaran kimia, khususnya proses elektrosis. Ia juga dijalankan untuk mengenalpasti konsep-konsep yang sukar difahami oleh pelajar melalui penggunaan peta konsep. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah di kawasan Temiang, Seremban, Negeri Sembilan. Sampel terdiri daripada 80 orang pelajar yang telah dipilih secara rawak daripada jumlah 320 orang pelajar daripada aliran sains. Instrumen yang digunkan di dalam kajian ini soal selidik, pembinaan peta konsep dan juga temubual. Seramai 80 orang pelajar telah menjawab soal selidik yang disediakan. 10 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam aktiviti pemetaan konsep dan mereka juga telah ditemubual. Analisis data yang dikumpul dibuat secara kualitatif dan dipaparkan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan sememangnya pelajar menghadapi masalah yang serius dalam topik elektrolisis secara keseluruhan iaitu dalam menyatakan definisi istilah seperti elektrolisis, elektrolit, elektrod, anion dan kation. Selain daripada itu, mereka juga menghadapi kesukaran untuk memahami konsep proses nyahcas, Siri Elektrokimia, meramal hasil elektrolisis dan juga dalam penulisan persamaan kimia untuk sesuatu proses elektrolisis. Pengkaji berharap agar penyelidikan yang seterusnya akan mengkaji keberkesanan pemetaan peta konsep dalam pembelajaran topik tersebut.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01538
Subjects: Chemistry Education > Chemistry Education
Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 30 Sep 2014 07:06
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6662

Actions (login required)

View Item View Item