Stres Di Kal. Guru-guru Di Sebuah Sek. Men. Di Daerah Muar, Johor

Ibrahim, Othman (1999) Stres Di Kal. Guru-guru Di Sebuah Sek. Men. Di Daerah Muar, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan untuk melihat tahap stres dan punca-puncanya di kalangan guru-guru di Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Parit Raja, Muar johor. Kajian ini telah melibatkan 85 orang responden. Sebanyak 85 set borang soal selidik telah diedarkan sendiri oleh penyelidik kapada responden. Dari jumlah tersebut 60 responden telah memberikan kerjasama dan menjawab sola selidik tersebut dengan sempurna. Soal selidik mengandungi tiga bahagian yang terdiri daripada soalan-soalan tentang demografi, punca-punca stres dan tahap-tahap stres. Data-data yang dikumpulkan telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS berdasarkan pemeratusan dan kekerapan. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tahap stres di kalangan guru-guru adalah kebanyakannya di tahap rendah sahaja iaitu 83.3 peratus dan 16.7 peratus di tahap yang tinggi. Faktor-faktor yang lebih dominan menyebabkan stres ialah faktor bebanan tugas dan faktor pelajar. Hasil dapatan menunjukkan kewujudan stres di sekolah ini dan perlu ditangani oleh pihak-pihak yang terlibat agar guru-guru di sekolah dapat bekerja dalam suasana yang lebih selesa dan harmoni.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01431
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 30 Sep 2014 07:19
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6555

Actions (login required)

View Item View Item