Perception Of Teachers To Integration Of Reading And Writing : The Use Of Model Reading Texts In Enhancing Writing Aong Secondary School Students

Tay, Bee Kim and Abd Samad, Adlina (1999) Perception Of Teachers To Integration Of Reading And Writing : The Use Of Model Reading Texts In Enhancing Writing Aong Secondary School Students. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan persepsi guru terhadap hubungan antara pembacaan dan penulisan serta keberkesanan integrasi pembacaan dan penulisan menerusi penggunaan contoh teks bacaan dalam peningkatan penulisan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar sekolah menengah. Ia cuba memastikan sejauh mana contoh teks bacaan digunakan oleh guru dalam usaha meningkatkan prestasi pencapaian penulisan pelajar serta masalah yang mungkin guru hadapi dalam penggunaan contoh teks bacaan. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik hasilan penyelidik. Enam puluh orang guru Bahasa Inggeris daripada sepuluh buah sekolah menengah di daerah Tampin dan Rembau, Negeri Sembilan telah dipilih sebagai responden. Soal selidik telah ditadbirkan oleh penyelidik sendiri. Lima puluh soal selidik yang lengkap telah dipilih untuk dijadikan data kajian. Data kajian ini dianalisa menggunakan kaedah peratus dan frekuensi. Carta bar dan carta pai digunakan untuk mewakili dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukan bahawa para guru sedar akan peranan dan kepentingan pembacaan dalam peningkatan penulisan. Kebanyakkan guru menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan contoh teks bacaan. Namun demikian, guru menghadapi masalah dalam mendapatkan teks yang bersesuaian. Jesteru itu, dapatan kajian ini memberi alasan yang kukuh untuk menyarankan supaya semua pihak iaitu guru, pengetua, pegawai pendidikan daerah dan pegawai pendidikan negeri untuk bekerjasama dalam usaha memulakan koleksi contoh teks bacaan untuk kegunaan guru.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01368
Subjects: Linguistics Education > TESL
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 30 Sep 2014 06:55
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6493

Actions (login required)

View Item View Item