Salah Konsep Matematik Di Kal. Pel. Di Lima Buah Sek. Men. Di Jajahan Tumpat, Kelantan

Chan, Siew Lian and Bakar, Md Nor (1999) Salah Konsep Matematik Di Kal. Pel. Di Lima Buah Sek. Men. Di Jajahan Tumpat, Kelantan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Masalah kelemahan dan hilangnya minat pelajar terhadap matematik amat membimbangkan semua pihak. Untuk itu satu kajian telah dijalankan yang bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan kefahaman konsep operasi al-Jabar dikalangan pelajar-pelajar tingkatan empat aliran teknik dan vokasional di sekolah Menengah Teknik, Kota Tinggi Johor. Seramai 15 orang pelajar aliran teknik dan vokasional bagi kemasukkan 1998 telah dipilih sebagai responden kajian. Satu set boring soal selidik yang mengandungi ujian diagnostic 16 item soalan-soalan operasi al-Jabar telah diedarkan kepada setiap responden. Seramai 10 orang daripada responden tersebut telah ditemubual untuk mendapatkan maklumat tentang konsep operasi al-Jabar. Kajian ini melibatkan pengumpulan dan penganalisaan data adalah berbentuk kuantitatif dan kulitatif. Bilangan sample yang menjawab dengan betul untuk setiap diagnostic akan diananlisis secara manual menggunakan peratusan dalam bentuk kuantitatif. Manakala huraian secara kualitatif akan dibuat berdasarkan salah konsep dalam ujian bertulis dan temu bual dengan responden. Seramai 10 orang daripada responden tersebut telah ditemubual untuk mendapatkan maklumat tentang salah konsep operasi al-Jabar. Kajian ini melibatkan pengumpulan dan penganalisaan data adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Bilangan sampel yang menjawab dengan betul untuk setiap soalan diagnostic akan dianalisis secara manual menggunakan peratusan dalam bentuk kuantitatif. Manakala huraian secara kualitatif akan dibuat berdasarkan salah konsep dalam ujian bertulis dan temubual dengan responden yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kefahaman responden terhadap tajuk operasi al-Jabar berada pada tahap yang rendah. Kebanyakan responden telah mengalami salah konsep terutamanya dikalangan pelajar-pelajar aliran vokasional. Responden lebih menguasai kefahaman instrumental. Iaitu menggunakan berbagai petua dan peraturan untuk menyelesaikan masalah yang diberi mengikut apa yang mereka tahu dan ingat sahaja tanpa mengetahui kenapa petua dan peraturan tersebut digunakan. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman konsep dikalangan pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01334
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 30 Sep 2014 04:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6459

Actions (login required)

View Item View Item