Pembinaan & Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Tenaga (haba Pendam Tentu, Pendidihan & Penyejatan & Enjin Sebagai Penukar Tenaga) Pada Peringkat Ting.4

Nordin, Muhd Sam and Noordin, Shaharom (1999) Pembinaan & Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Tenaga (haba Pendam Tentu, Pendidihan & Penyejatan & Enjin Sebagai Penukar Tenaga) Pada Peringkat Ting.4. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Pemilihan dan penggunaan bahan yang bermutu mempunyai kesan besar dari segi tahap kefahaman dan penguasaan para pelajar terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru. Modul pengajaran kendiri (MPK) yang dibina secara sistematik dan empiris merupakan bahan pilihan yang dapat memenuhi keperluan ini kerana ia mengambil kira perbezaan individu dan meberi penekaan kepada penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan menilai status kesesuaian tiga MPK fizik KBSM tingkatan 4 bertajuk tenaga: MPK haba pendam tentu, MPK pendidikan Dan penyejatan dan MPK enjin sebagai penukar tenaga menggunakan model teras cabang (Shaharom,1994). Status kesesuain MPK yang dibina dinilai secara penilai formatif. Seramai 14 orang guru pakar termasuk lelaki dan perempuan terlibat dalam dua tahap penilaian formatif iaitu penilaian formatif satu dengan satu dan penilaian formatif kelompok kecil. Penilaian formatif juga dilakukan merentis 3pembolehubah bebas iaitu tempoh mengajar, jantina dan kelulusan akademik. Satu set soal selidik yang diberi nama soal selidik kesesuaian modul pengajaran kendiri (MPK) (Guru) yang dibina oleh shaharom (1994) digunakan sebagai alat kajian data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan min hasil kajian mengesahkan MPK tenaga yang dibina amat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan kurikulum dan menekankan kepada penglibatan pelajar bagi mata pelajaran fizik pada perinkat empat. Di samping itu keputusan kajian juga menunjukkan bahawa tidak wujud parbezaan terhadap status kesesuaian MPK tenaga merentas tempoh mengajar,jantina kelulusan akdemik dalam kedua-dua penilaian formatif yang dilakukan. Kesemuanya memberikan status amat sesuai. The selection and use of quality materials have great effect as seen in the students level of understanding on the knowledge delivered by the teachers. The self instructional module (SIM) which was designed systematically and emphirically is also an alternative that can fill the needs because it takes into consideration the individual differences and give emphasis on students involvements.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01259
Subjects: Theory and Practice of Education > Specific Learning Practices
Educational Technology > Instructional Technology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 30 Sep 2014 04:49
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6385

Actions (login required)

View Item View Item