Kajian Masalah-masalah Pembelajaran Nombor Negatif Bagi Pel.-pel. Sek. Men. Paloh & Cadangan-cadangan Penyelesaiannya

Chin, Ah Sun and Osman, Maslan (1999) Kajian Masalah-masalah Pembelajaran Nombor Negatif Bagi Pel.-pel. Sek. Men. Paloh & Cadangan-cadangan Penyelesaiannya. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan mencari punca-punca kelemahan pelajar-pelajar SM Paloh dalam pembelajaran integer negatif serta menentukan masaalah @ kesulitan guru-guru matematik dalam pengajaran integer negatif. Sasaran sampel kajian utama terdiri daripada 102 orang pelajar yang sederhana kecerdasan mental dari 3 buah kelas tingkatan 2. Disamping itu, 11 orang guru matematik sekolah berkenaan juga terlibat dalam kajian ini. Metodologi kajian yang digunakan termasuk : (i) Ujian Penegasan (untuk pelajar-pelajar) : Aspek-aspek yang diuji ialah KONSEP, GARIS NOMBOR & Konvensionnya, serta 4 KEMAHIRAN ASA (iaitu +, _, X, ) yang berkaitan dengan nombor negatif. (ii) sesi temubual dengan guru-guru matematik dan 29 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari jumlah sampel kajian. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan pelajar menghadapi masaalah hasil kajian menunjukkan kebanyakan pelajar menghadapi masaalah dalam hampir semua aspek nombor negatif, manakala kebanyakan guru berpendapat bahawa operasi penolakan dan penambahan paling susah diajar. Di samping itu, sesi temubual dengan guru-guru matematik juga mendedahkan beberapa kelemahan guru yang agak ketara dalam proses pengajaran dan pembelajaran nombor negatif, cadangan-cadangan dari guru-guru matematik juga telah diberikan dengan tujuan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam pembelajaran nombor negatif pada masa-masa yang akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01174
Subjects: Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 30 Sep 2014 04:38
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6300

Actions (login required)

View Item View Item