Masalah Pembelajaran Komponen Enjin Dalam Teras & Elektif Khb Di Kal. Guru-guru Wanita Kh Di Sek.-sek. Men. Di Teluk Intan Perak

Harun, Mohd Aziz and Hee, Jee Mei (1999) Masalah Pembelajaran Komponen Enjin Dalam Teras & Elektif Khb Di Kal. Guru-guru Wanita Kh Di Sek.-sek. Men. Di Teluk Intan Perak. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui masalah pengajaran komponen enjin dalam teras dan elektif KHB di kalangan guru-guru wanita KH khususnya guru-guru wanita Kh di sekolah-sekolah menengah di Teluk Intan Perak. Aspek yang dikaji ialah pengetahuan terhadap komponen enjin, kemahiran mengajar komponen enjin dan kecekapan menguruskan makmal enjin sekolah. Responden adalah terdiri daripada 30 orang guru wanita KH yang mengajar mata pelajaran tersebut di tujuh buah sekolah di Teluk Intan Perak. Soal selidik digunakan bagi mendapatkan dan dianalisis dengan menggunakan program Statictical Packages for the Social Science (SPSS) versi 7.5 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. hasil kajian ini menunjukkan responden belum mempunyai tahap pengatahuan yang mencukupi tentang komponen enjin bagi membolehkan mereka mengajar komponen tersebut. Sebaliknya, responden menunjukkan kemahiran yang baik dalam pengajaran komponen enjin. Di samping itu pula responden menunjukkan kecekapan yang sederhana dalam pengurusan makmal enjin sekolah.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01107
Subjects: Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 30 Sep 2014 04:08
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6233

Actions (login required)

View Item View Item