Sejauhmanakah Pel.-pel. 4 Sph Sesi 1997/98 Menghadapi Masalah Pembelajaran Dalam Subjek Rekacipta

Harun, Abd. Latif (1998) Sejauhmanakah Pel.-pel. 4 Sph Sesi 1997/98 Menghadapi Masalah Pembelajaran Dalam Subjek Rekacipta. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh manakah pelajar-pelajar 4 SPH mengalami masalah pembelajaran dalam subjek Reka Cipta di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Keseluruhan 120 orang pelajar tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) sesi 1997/98 terlibat dalam kajian ini. Responden merupakan guru-guru terlatih yang mempunyai pengalaman mengajar dari 31/2 tahun hingga 20 tahun. Untuk mengumpul maklumat dalam kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik yang dinamakan "Borang Soal Selidik"(BSS) yang dibina sendiri oleh pengkaji sebagai instrumen kajian. Keputusan kajian rintis yang diperolehi ialah alfa = 0.7685. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS PC+. Hasil kajian ini menunjukkan 53.2% tidak dapat memahami dan menguasai kurikulum dan sukatan pelajaran Reka Cipta. Sejumlah 81.6% menyatakan bilangan alatan dan mesin tidak mencukupi. Sementara 92.7% menghadapi masalah untuk mendapatkan penaja bagi membiayai kos projek, dan 59.7% menyatakan kesukaran untuk mendapatkan bahan rujukan berkenaan dengan reka-cipta di perpustakaan UTM. Selain dari itu, 80.7% bersetuju kuliah diperlukan dalam subjek Reka Cipta dan 76.2% bersetuju jumlah instruktor (Tenaga Pengajar Ketukangan Gred 1) perlu ditambah pada setiap sesi amali subjek Reka Cipta. Kesimpulannya, melalui kajian ini didapati pelajar-pelajar 4 SPH memang mengalami masalah pembelajaran dalam subjek Reka Cipta dan perlu diadakan satu tindakan pembetulan agar segala masalah yang timbul dapat ditangani dan dapat dicari jalan penyelesaian supaya pihak Fakulti Pendidikan UTM benar-benar dapat mengeluarkan guru-guru yang berdaya cipta serta berkemahiran tinggi.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 00933
Subjects: Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 30 Sep 2014 08:26
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/6060

Actions (login required)

View Item View Item