Kajian Tentang Tingkah Laku Kanak-kanak Pra Sek. Semasa Bermain Dengan Jenis-jenis Alat Permainan Yang Berbeza Di Utm

Mahmood, Tajlon and Mohd Kosnin, Azlina (1998) Kajian Tentang Tingkah Laku Kanak-kanak Pra Sek. Semasa Bermain Dengan Jenis-jenis Alat Permainan Yang Berbeza Di Utm. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji corak tingkah laku kanak-kanak semasa bermain dengan alatan permainan stereotaip yang berbeza-beza. Sampel kajian adalah terdiri daripada tiga puluh kanak-kanak pra sekolah di Tadika Ihsan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bharu. Seramai tiga puluh orang kanak-kanak telah dipilih sebagai sampel kajian. Lima belas daripada mereka adalah lelaki dan lima belas lagi adalah perempuan. Kajian ini dijalankan melalui pemerhatian yang dibuat selama dua puluh minit keatas setiap jenis alatan permainan. Kanak-kanak ini ditempatkan di dalam satu bilik dimana dilengkapi dengan alatan permainan. Alatan permainan yang digunakan di dalam kajian ini terdiri daripada enam jenis alatan permainan yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama ialah kumpulan alatan permainan lelaki seperti kenderaan, senjata plastik dan robot. Kumpulan kedua ialah kumpulan alatan permainan perempuan seperti pondok-pondok, anak patung dan alat perhiasan. Data-data dianalisis dengan menggunakan pemeratusan. Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak lelaki dan perempuan mempunyai minat dengan alatan permainan walaupun diberi dengan alatan permainan stereotaip jantina yang berbeza-beza. Ini menunjukkan kanak-kanak patut diberi kebebasan didalam memilih alatan permainan yang mereka suka.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 00832
Subjects: Childhood Education > Early Childhood Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 30 Sep 2014 08:58
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/5959

Actions (login required)

View Item View Item