Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Minat Membaca Di Kal. Pel. 4 Sph Utm, Skudai. Johor. Kajian Kes

Ahmad, Halipah and Said, Hamdan (1998) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Minat Membaca Di Kal. Pel. 4 Sph Utm, Skudai. Johor. Kajian Kes. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat membaca di kalangan pelajar tahun 4SPH, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Kajian ini menggunakan 112 orang pelajar sebagai responden. Data kajian diperolehi dengan menggunakan soal selidik mengikut Skala likert. Dapatan kajian dianalisis secara manual. Hasil penganalisisan data diterangkan dalam bentuk peratusan. Perkara yang dikaji ialah faktor penggunaan masa, faktor penggunaan perpustakaan, faktor sosioekonomi dan faktor bahan bacaan responden. Hasil kajian mendapati kesemua faktor-faktor yang dikaji telah mempengaruhi minat membaca responden, terutama responden yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi dan responden yang tinggal di luar asrama tanpa keluarga. Oleh yang demikian penyelidik merumuskan bahawa kegiatan membaca perlu berterusan supaya ilmu pengetahuan dapat ditambah dari masa ke semasa dan daya berfikir seseorang menjadi lebih matang. Tabiat suka membaca dapat menggalakkan pemikiran secara kritis dan inovatif. Berdasarkan saranan penyelidikan, minat membaca dapat dipupuk melalui kempen membaca, jualan buku dan pesta buku. Harapan penyelidik kajian mengenai minat membaca perlu diteruskan supaya keberkesanan kajian ini bersifat menyeluruh.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 00792
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 30 Sep 2014 09:06
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/5919

Actions (login required)

View Item View Item