Corak Interaksi Kanak-kanak Pra Sek. & Hubungannya Dengan Status Sosio Ekonomi Semasa Aktiviti Bermain Di Tadika Ihsan Utm

Mohammad, Zainab and Mohd Kosnin, Azlina (1998) Corak Interaksi Kanak-kanak Pra Sek. & Hubungannya Dengan Status Sosio Ekonomi Semasa Aktiviti Bermain Di Tadika Ihsan Utm. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti corak interaksi sosial kanak-kanak pra sekolah dengan menggunakan pendekatan yang dipelopori oleh Mildred Parten (1932). Kekerapan corak interaksi yang dikaji menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur ke atas tiga puluh kanak-kanak pra sekolah yang berusia enam tahun di Tadika Ihsan, UTM, Skudai. Aspek kajian meliputi faktor Status Sosio Ekonomi dan hubungannya dengan corak interaksi di kalangan kanak-kanak dan juga melihat perbezaan corak interaksi yang berbeza di antara jantina di kalangan kanak-kanak semasa aktiviti bermain. Hasil dapatan kajian ini ialah kanak-kanak dari SES tinggi lebih mencapai corak interaksi yang selaras dengan perkembangan- usia kanak-kanak pra sekolah manakala kanak-kanak dari SES rendah belum sepenuhnya bermain di peringkat associative" dan "cooperative . Dari segi faktor jantina pula, kanak-kanak lelaki didapati lebih dominan bermain secara "associative" dan "cooperative" berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Beberapa implikasi daripada kajian dibincangkan. Ini termasuklah implikasi ke atas ibubapa yang terlibat secara langsung dalam pendidikan keibubapaan kanak-kanak seterusnya bertanggungjawab menentukan corak penglibatan sosial kanak-kanak. Kajian ini juga berfaedah kepada pihak sekolah dan agensi yang terrlibat mengendahkan tadika atau pendidikan kanak-kanak pra sekolah. Mereka terfibat secara formal dalam pendidikan kanak-kanak. Justeru itu adalah wajar bagi mereka mengetahui corak interaksi kanak-kanak yang sihat dan kepentingan menggunakan pendekatan "bermain sambil belajar" semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik dadah.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 00767
Subjects: Childhood Education > Early Childhood Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 03:48
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/5894

Actions (login required)

View Item View Item