Sejarah Awal Pembangunan Dan Kepimpinan Komuniti Cina Di Sabah: 1883-1961

Bih Ni, Lee (2012) Sejarah Awal Pembangunan Dan Kepimpinan Komuniti Cina Di Sabah: 1883-1961. In: Seminar Antarabangsa Pembangunan Komuniti, 7-9 April 2012, Hotel Permai, Kuala Terengganu.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: http://sapkoenglish.umt.edu.my/files/2012/07/18-13...

Abstract

Kertas kerja ini cuba meninjau sejarah awal hubungan Borneo dengan China, masyarakat Cina di Sabah pada zaman Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu, pertapakan British North Borneo Chartered Company (BNBCC) di Borneo Utara dan migrasi Cina. BNBCC yang ditubuhkan pada tahun 1881 telah mendorong penghijrahan orang-orang Cina Hakka ke Sabah secara besar-besaran. Penempatan orang Hakka telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada ekonomi, sosial dan politik. Kertas ini juga melihat pengaruh kepimpinan Cina semasa pentadbiran Jepun (1942-1945) dan Kolonial British (1946-1961). Ia meninjau kepimpinan Cina semasa pendudukan Jepun di bawah kepimpinan Cina, Albert Kwok Fen Nam; dan kepimpinan Cina di Sabah semasa pentadbiran Kolonial British. Taukeh-taukeh balak Cina yang muncul di era pasca pendudukan Jepun telah menggunakan pengaruh industri pembalakan untuk menunaikan tanggungjawab asas komuniti Cina dengan memulihkan fungsi Dewan Perniagaan Tionghua, Persatuan Dialek Cina dan sekolah-sekolah Cina yang terencat akibat kerosakan semasa Perang Dunia Kedua. Kemasukan wakil komuniti Cina ke dalam Majlis Berkuasa Tempatan dan Majlis Perundangan Negeri semasa Kolonial British juga mengukuhkan institusi komuniti Cina yang sedia ada ketika itu. Kertas ini turut melihat pengaruh kepimpinan Cina dalam perkembangan pembentukan Persekutuan Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Sejarah Cina Sabah, Kepimpinan Cina Sabah
Subjects: History Education > History Education
Divisions: Universiti Malaysia Sabah
Depositing User: UMS SPPS ANGELINE
Date Deposited: 22 Jul 2013 17:06
Last Modified: 13 Jan 2014 03:09
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/4221

Actions (login required)

View Item View Item