Amalan Pembacaan Dan Hafazan Al-quran Bagi Pelajar-pelajar Sekolah Rendah-satu Pencerapan

Abu Bakar, Bhasah (2008) Amalan Pembacaan Dan Hafazan Al-quran Bagi Pelajar-pelajar Sekolah Rendah-satu Pencerapan. In: Seminar Kemahiran Insaniah Dan Kesejahteraan Sosial, 18-19 Ogos 2008, Melaka,malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Al-Quran merupakan kitab panduan hidup bagi orang-orang Islam. Membaca Al-Quran dan Hafazan semestinya menjadi amalan harian bagi orang-orang Islam. Pelajar sekolah rendah atau anak-anak yang berumur antara 6 ke 12 tahun, merupakan peringkat umur awalan bagi mereka untuk berjinak-jinak dengan pembacaan Al-Quran dan menghafaznya. Kajian ini mendapati tahap penjinakan pelajar-pelajar kepada pembudayaan pembacaan Al-Quran adalah tinggi pada kadar 3 ke 4 kali pembacaan seminggu. Peratusan pelajar yang telah menghafaz surah-surah lazim yang dimestikan juga berada pada tahap yang membanggakan. Populasi kajian adalah pelajar-pelajar yang berumur antara 10 ke 12 tahun yang tinggal di kawasan Lembah Kelang dan persekitarannya. Kajian ini mendapati tahap pembudayaan pembacaan dan penghafazan Al-Quran bagi pelajar-pelajar lelaki dan perempuan adalah hampir sama dan tidak signifikan. Kajian ini juga mendapati pelajar yang bersekolah di SAR memberi sumbangan melebihi 8% terhadap pembacaan dan hafazan Al-Quran, diikuti dengan ibu membaca Al-Quran (r2=5.6% pembacaan, r2=1.9% hafazan), hubungan baik dengan abang (r2=4.5% bacaan, r2=5.9% hafazan) dan kegemaran membaca Al-Quran (r2=4.2% bacaan, r2=5.3% hafazan). Kebolehpercayaan instrumen bagi pengukuran tahap pembacaan Al-Quran ialah 0.96 dan tahap hafazan ialah 0.88.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Bacaan,hafazan,al-quran
Subjects: Religious and Moral Education > Islamic Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 22 Jul 2013 17:06
Last Modified: 26 Nov 2013 04:09
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/4101

Actions (login required)

View Item View Item