Kesan Penggunaan Pembelajaran Berasaskan Masalah Terhadap Pencapaian Biologi Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4

Ong, Eng Tek and Shamsuddin, Suzilawati and Desa, Shakinaz Kesan Penggunaan Pembelajaran Berasaskan Masalah Terhadap Pencapaian Biologi Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, Volume.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBM) berbanding dengan pengajaran konvensional (PK) terhadap pencapaian Biologi berdasarkan aras kognitif Bloom dalam kalangan pelajar Tingkatan 4. Dengan menggunakan rekabentuk kumpulan kawalan praujian-pascaujian (pretest-posttest control group design), seramai 37 orang pelajar dipilih untuk mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah manakala seramai 39 orang pelajar pula mengikuti kaedah pembelajaran konvensional. Seorang guru yang sama terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kedua-dua kumpulan kajian. Kajian ini melibatkan tempoh intervensi selama 5 minggu dengan masa pembelajaran selama 160 minit untuk subtopik applying the concept of balanced diet” dan understanding malnutrition”. Dari segi instrumentasi, keputusan pentaksiran pertengahan tahun berasaskan sekolah digunakan sebagai praujian manakala pascaujian terdiri daripada 15 item aneka pilihan dan 3 item subjektif yang dibina berdasarkan Jadual Penentuan Ujian dengan item-itemnya menggunakan kata kerja yang bersepadanan dengan enam aras kognitif Taksonomi Bloom serta mempunyai kebolehpercayaan yang sesuai dengan nilai KR-21 sebanyak 0.76. Penganalisisan data menggunakan kaedah multivariate analysis of covariance (MANCOVA) menunjukkan bahawa pencapaian Biologi secara keseluruhan dalam kalangan pelajar yang mengikuti PBM adalah lebih tinggi dan signifikan secara statistik jika dibandingkan dengan pencapaian Biologi secara keseluruhan dalam kalangan pelajar yang mengikuti PK. Susulan ujian univariate analysis of covariance (ANCOVA) mendapati kesignifikanan pencapaian Biologi secara keseluruhannya ini sebenarnya disumbang oleh dua aras sahaja, yakni aras analisis dan penilaian. Dapatan kajian ini dibincang dalam konteks pendidikan sains, khasnya dalam aras kognitif yang ingin dipupuk dan dikembangkan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pembelajaran Berasaskan Masalah,pendidikan Biologi,pencapaian,taksonomi Bloom
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 22 Jul 2013 17:06
Last Modified: 26 Nov 2013 04:21
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/4077

Actions (login required)

View Item View Item