Pengenalan Konsep Bentuk,ruang Dan Pengukuran Kepada Kanak-kanak Melalui Rutin Harian:satu Kajian Kes

Jamil, Norly and Razali, Mahani Pengenalan Konsep Bentuk,ruang Dan Pengukuran Kepada Kanak-kanak Melalui Rutin Harian:satu Kajian Kes. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, Volume.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian kes ini bertujuan untuk meneroka sejauh mana aktiviti rutin harian yang dilaksanakan di pusat asuhan dan didikan dapat dijadikan sebagai kaedah dalam pengenalan awal konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak. Kajian ini merupakan kajian kualittatif. Persampelan bertujuan digunakan bagi memilih sampel dalam kalangan kanak-kanak. Beberapa criteria telah ditentukan sebelum pemilihan sampel dilakukan. Oleh itu, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah dipilih sebagai sampel kajian. Kaedah pemerhatian merupakan kaedah utama yang dijalankan bagi mengutip data dalam kajian ini. Rakaman video juga telah digunakan sepanjang pemerhatian dijalankan. Strategi lain yang digunakan bagi mengutip data dalam kajian ini adalah temubual bersama guru yang terlibat dalam kajian. Data telah dianalisis menggunakan tema analisis. Hasil kajian telah mendapati bahawa rutin pagi, rutin makan, rutin tidur, rutin mandi dan rutin aktiviti bebas dapat digunakan sebagai kaedah pengenalan awal konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak awal ini. Justeru, rutin harian kanak-kanak di pusat asuhan dan didikan wajar dilihat sebagai satu persekitaran pembelajaran yang bermakna. Rutin harian ini merupakan satu wadah permulaan untuk kanak-kanak menguasai konsep matematik awal iaitu konsep bentuk, ruang dan pengukuran.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Bentuk,ruang,pengukuran,rutin Harian
Subjects: Childhood Education > Early Childhood Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 22 Jul 2013 17:06
Last Modified: 26 Nov 2013 04:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/4076

Actions (login required)

View Item View Item