Tahap Kemahiran Berfikir Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah

Osman, Rosma and Ong, Eng Tek and Desa, Shakinaz and Wong, Kung Teck Tahap Kemahiran Berfikir Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah. Jurnal Bitara, Volume.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji proses berfikir dalam kalangan guru yqng mengajar mata pelajaran tertentu di sekolah rendah di Rawang, Selangor. Reka bentuk penyelidikan adalah kajian korelasi deskriptif dan data dihimpun dengan menggunakan soal selidik. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan teknik persampelan rawak untuk memilih 48 guru. Kadar respons adalah 100% (48). Kedua-dua perangkaan deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses berfikir dalam pengajaran kurikulum oleh hampir dua pertiga jumlah guru adalah rendah. Hampir satu pertiga guru berada di tahap sederhana dan guru yang menggunakan kemahiran berfikir dalam pengajaran kurikulum pada tahap tinggi adalah sangat minima. Dapatan juga menunjukkan bahawa skor min guru Sains dan guru Matematik adalah lebih tinggi dan signifikan secara statistik berbanding guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam proses berfikir. Kecenderungan guru berfikir secara kritis merupakan faktor signifikan dalam proses berfikir dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran tertentu. Kajian ini mencadangkan supayq pembuat dasar mencari cara yang terbaik untuk meningkatkan tahap komitmen guru dan menekankan tujuan murni secara eksplisit dalam objektif pengajaran. Akhir sekali, dikemukakan juga cadangan lain untuk amalan dan penyelidikan selanjutnya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kemahiran Berfikir,kecondongan Berfikir,pengajaran Kurikulum
Subjects: Evaluation and Assessment > Measurement and Evaluation
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 22 Jul 2013 17:06
Last Modified: 26 Nov 2013 04:31
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/4068

Actions (login required)

View Item View Item