Amalan Penggunaan Media Elektronik Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah

Md Zulfakar, Mohd Saleh and Yusup, Hashim (2008) Amalan Penggunaan Media Elektronik Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. Masters thesis, universiti pendidikan sultan idris.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang bertujuan untuk melihat amalan penggunaan media elektronik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru Latihan Berasaskan Sekolah. Sebaga bakal guru sudah tentu memerlukan penguasaan dan pendedahan teori dan amalan semasa di dalam bilik darjah terutama memanipulasi media elektronik sebagai perantara untuk menyampaikan mesej atau objektif pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian menggunakan instrumen soal selidik kuantatif kepada guru-guru pelatih Kursus Perguruan Lepas ljazah (KPLI) mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, ambilan Julai 2004, lnstitut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. lanya menglibatkan 115 orang responden. Data kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 11.5 bagi mencari kekerapan, min, peratus, sisihan paiwai dan analisa perbandingan min menggunakan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan min 1.89 (sederhana) bagi kekerapan penggunaan media elektronik semasa pengajaran dan pembelajaran. Manakala tahap keyakinan penggunaan media elektronik pula memperolehi min 2.70 (tinggi). Ekspektasi penggunaan media pula memperoleh min 2.54 (sederhana). Pengetahuan penggunaan terhadap media elektronik 3.00 (tinggi). Manakala, galakan dan dorongan terhadap penggunaan media juga mempunyai min 2.70 (tinggi). Dapatan terhadap perbandingan terhadap galakan dan dorongan pentadbiran kepada guru pelatih berasaskan jantina mendapati wujud perbezaan signifikan iaitu p<0.05, t=0.036. Manakala perbandingan keyakinan penggunaan media elektronik khasnya komputer berdasarkan jantina dan keyakinan penggunaan media elektronik antara lokasi menunjukkan tidak ujud signifikanp <0.05, t=0.245 dan p>0.05, t:0.955. Dicadangkan supaya sukatan pengurusan sumber dalam teknologi pendidikan disemak semula kerana terdapat perkakasan, bahan dan amalan penggunaan media elektronik yang tidak sesuai dengan perkembangan teknologi pendidikan masa kini. Kursus dalam perkhidmatan perlu diperbanyakkan sesuai dengan perkembangan semasa. Namun begitu, dapatan kajian menunjukkan minat yang positif guru-guru pelatih terhadap amalan penggunaan media elektronik semasa pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Media Elektronik,pengajaran Dan Pembelajaran,latihan Perguruan
Subjects: Educational Technology > Instructional Technology
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 26 Nov 2013 06:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/4046

Actions (login required)

View Item View Item