Keberkesanan Penggunaan Pemprosesan Perkataan Dalam Pengajaran Penulisan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

Nisha, Abd Kadir and Abd Latif, Gapor (2008) Keberkesanan Penggunaan Pemprosesan Perkataan Dalam Pengajaran Penulisan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Masters thesis, universiti pendidikan sultan idris.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian yang berasaskan kepada model reka bentuk pengajaran ASSURE ini adalah bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian aplikasi Pemprosesan Perkataan berbanding dengan kaedah konvensional iaitu pen dan kertas dalam penulisan karangan berpandu Bahasa Inggeris Tingkatan Dua. Kesan penggunaan tersebut telah diuji terhadap dua pembolehubah iaitu pencapaian pelajar dan juga tahap kebimbangan pelajar mengikut jantina. Kajian ini menggunakan reka bentuk Quasi- Experimental - Static-Group Comparison dimana hanya ujian pos dijalankan dalam kajian. Pemilihan sampel kajian telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pemilihan sampel bertujuan (purposive sampling) terhadap pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan, Ipoh, Perak. Dari seramai 143 orang populasi, seramai 36 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian berasaskan kepada markah penulisan Bahasa Inggeris dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2007. Mereka kemudiannya telah dibahagikan kepada dua kumpulan kajian iaitu kumpulan eksperimental dan kumpulan kawalan yang masing-masing terdiri dari 18 orang pelajar. Kumpulan eksperimen telah menggunakan media berasaskan komputer iaitu perisian aplikasi Pemprosesan Perkataan Microsoft Word 2003 dalam penulisan manakala kumpulan kawalan telah menggunakan kaedah konvensional iaitu pen dan kertas. Ujian pos telah diberikan kepada kedua-dua kumpulan bagi melihat peningkatan dari segi pencapaian dalam penulisan karangan berpandu Bahasa Inggeris. Manakala, borang soal selidik Ujian Tahap Kebimbangan Daly dan Miller hanya diberikan kepada kumpulan eksperimen iaitu sebelum dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran serta ujian pos dijalankan bagi melihat perbezaan tahap kebimbangan pelajar dalam penulisan sebelum dan selepas menggunakan perisian aplikasi Pemprosesan Perkataan. Prosedur analisis ANOVA dua hala digunakan bagi menjawab persolan kajian yang pertama dan prosedur analisis Paired-Samples T-Test bagi menjawab persoalan kajian yang kedua. Hasil kajian menerima kedua-dua hipotesis nol kajian iaitu tidak terdapat peningkatan tahap pencapaian penulisan karangan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar lelaki dan perempuan dengan menggunakan Pemprosesan Perkataan berbanding dengan menggunakan pen-kertas dan tidak terdapat perbezaan tahap kebimbangan mengikut jantina dalam kumpulan eksperimen selepas menggunakan Pemprosesan Perkataan dalam penulisan. Oleh itu kesimpulan yang dibuat ialah, walaupun tahap kebimbangan pelajar berada pada tahap yang stabil serta kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer yang dirancang dengan teliti dan sistematik digunakan namun sekiranya asas penguasaan pelajar dalam bahasa kedua tersebut masih belum kukuh, ianya terbukti tidak mendatangkan hasil pembelajaran yang diharapkan.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Pemprosesan Perkataan,penulisan
Subjects: ?? T9,l1 ??
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 26 Nov 2013 06:16
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/4041

Actions (login required)

View Item View Item