Pengaruh Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (tmk) Dalam Pembelajaran Pelajar Orang Asli

Raja Nirwani, Raja Lop Badri and Abdul Kadir, Arifin (2011) Pengaruh Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (tmk) Dalam Pembelajaran Pelajar Orang Asli. Masters thesis, universiti pendidikan sultan idris.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Minat, pengetahuan, kemahiran dan kesediaan mengguna serta mengintegrasi TMK di tahap awal pendidikan adalah sangat penting dalam membentuk dan menaik taraf pendidikan dalam kalangan pelajar orang asli agar tidak mundur berbanding bangsa lain di negara ini. Kajian ini meneliti dan meninjau minat, pengetahuan, kemahiran dan kesediaan TMK dalam kalangan pelajar orang asli selain keberkesanan penggunaan TMK dalam pembelajaran pelajar. Kajian yang dilaksanakan adalah berbentuk kajian tinjauan iaitu pengedaran borang soal selidik dan rujukan pakar digunakan dalam mendapatkan kebolehpercayaan dan kesahan instrumen kajian yang diubahsuai. 160 orang responden tingkatan satu hingga tingkatan enam dari enam buah sekolah menengah yang mempunyai pelajar orang asli di daerah Kuala Kangsar terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science SPSS untuk mencari skor kekerapan, taburan min dan peratusan dengan menggunakan kaedah deskriptif serta mencari Ujian-T dengan menggunakan kaedah inferensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan, minat TMK dengan darjah (T=-4.30, P=.000), pengetahuan TMK dengan darjah (T=-3.95, P=.000), kemahiran TMK dengan darjah (T=-1.92, P=.000) dan kesediaan TMK dengan darjah (T=-3.24, P=.001) antara pelajar orang asli lelaki dan perempuan. Dapatan menunjukkan secara jelas bahawa terdapat perbezaan yang signifikan minat TMK, pengetahuan TMK, kemahiran TMK dan kesediaan TMK antara jantina. Peratusan mengakses maklumat dalam TMK menunjukkan secara jelas bahawa semua item dipersetujui oleh responden dengan peratus minimum bagi jawapan Ya ialah 61.9% dan maksimum 85.6%. Secara umumnya, kajian ini menunjukkan pelajar perlu berminat terhadap TMK, berpengetahuan tentang TMK, menguasai kemahiran TMK dan bersedia untuk menggunakan TMK supaya menghasilkan suasana pembelajaran yang positif dan berkesan serta kebolehan mengakses maklumat.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Teknologi Maklumat Dan Komunikasi,orang Asli
Subjects: Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 26 Nov 2013 08:03
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/4013

Actions (login required)

View Item View Item