Hubungan Kemurungan Dengan Personaliti Type A Dan Type B Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Daerah Cameron Highlands

Kamalmukhsar, Mokhtar and Che Anuar, Che Abdullah (2012) Hubungan Kemurungan Dengan Personaliti Type A Dan Type B Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Daerah Cameron Highlands. Masters thesis, universiti pendidikan sultan idris.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan kemurungan dengan personaliti Type A dan Type B dalam kalangan pelajar sekolah menengah tingkatan 3, Daerah Cameron Highlands, Pahang. Kajian ini dijalankan di tiga buah sekolah menengah, Daerah Cameron Highlands, Pahang. Responden terdiri daripada 360 orang pelajar sekolah menengah. Kajian ini menggunakan Soal selidik Reynolds Adolescent Deprission Scale 2 (RADS-2) untuk melihat tahap kemurungan responden dan soal selidik Type A Bortner Personality Scale (TABP) untuk melihat jenis personaliti responden. Kaedah yang digunakan untuk menguji hipotesis ialah Ujian-t, analisis varian (ANOVA) sehala dan Korelasi Pearson. Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan kemurungan dengan jantina. Ujian analisis varian (ANOVA) sehala digunakan untuk menguji perbezaan kemurungan dengan bangsa. Manakala Korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan antara kemurungan dengan personaliti dalam kalangan pelajar sekolah. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan kemurungan dengan jantina dan hasil kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan kemurungan dengan bangsa. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara kemurungan dengan personaliti dalam kalangan pelajar sekolah.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Kemurungan,personaliti
Subjects: Guidance and Counseling > Guidance and Counseling
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 27 Nov 2013 04:43
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/3995

Actions (login required)

View Item View Item