Peningkatan Penguasaan Kemahiran Asas Matematik Dengan Menggunakan Permainan Gmath Dibandingkan Dengan Permainan Mathmagik Di Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz,sabak Bernam,selangor

Hazirah, Amran and Ridzuan, Jaafar (2008) Peningkatan Penguasaan Kemahiran Asas Matematik Dengan Menggunakan Permainan Gmath Dibandingkan Dengan Permainan Mathmagik Di Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz,sabak Bernam,selangor. Masters thesis, universiti pendidikan sultan idris.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan permainan GMath dalam kalangan pelajar bagi mata pelajaran matematik tingkatan satu, khasnya tajuk "whole numbers". Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuasi eksperimen. Sampel terdiri daripada 16 orang pelajar tingkatan satu dari SMK Ungku Aziz, Selangor. Mereka terdiri daripada 8 orang pelajar yang dijadikan kumpulan rawatan manakala 8 orang dijadikan kumpulan kawalan. Alat kajian yang digunakan ialah permainan GMath dan ujian pencapaian yang digunakan ialah ujian pra, ujian pos, latihan 1 dan latihan 2. Dapatan yang dianalisis bagi ujian pos telah menunjukkan kumpulan rawatan mencapai min sebanyak 5.5 iaitu 2.625 lebih tinggi daripada kumpulan kawalan yang memperolehi min sebanyak 2.875 sahaja. Hasil dari latihan 2 menunjukkan bahawa permainan GMath membantu pelajar dalam menguasai kemahiran asas matematik. Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan permainan GMath dalam pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk "whole numbers" menarik minat dan juga meningkatkan prestasi pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Kemahiran Asas Matematik,permainan Gmath,permainan Mathmagik
Subjects: ?? V1,s3 ??
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 28 Nov 2013 08:01
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/3990

Actions (login required)

View Item View Item