Pembelajaran Kendiri: Sebuah Kajian Di Allianze University College Of Medical Sciences (aucms).

Norashikin, Alias and Nurahimah, Mohd Yusoff (2012) Pembelajaran Kendiri: Sebuah Kajian Di Allianze University College Of Medical Sciences (aucms). ["eprint_fieldopt_thesis_type_Masters" not defined] thesis, uum.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Pembelajaran kendiri merupakan salah satu metod dalam pembelajaran orang dewasa terutama di peringkat lepasan sekolah terutama di institusi-institusi pengajian tinggi. Begitu juga dengan pendidikan kejururawatan, pembelajaran kendiri kini adalah cara yang kerap kali diamalkan. Tujuan kajian ini adalah untuk memahami konsep pembelajaran kendiri dalam kalangan pengajar kejururawatan di Fakulti Kejururawatan, Allianze University College of Nedical Science, Pulau Pinang. Kajian ini juga akan meneroka pengalaman sebenar peserta-peserta dalam mengendalikan pembeljaran kendiri. Kajian berbentuk fenomenologi ini dilakukan ke atas pengajar jururawat yang sedang bertugas dan pernah menggunakan pembelajaran kendiri. Peserta dipilh melalui kaedah persampelan bukan kebarangkalian, manakala instrument kajian ini menggunakan soalan temubual. Temubual ini dirakam secara audio secara bersemuka dengan menggunakan soalan-soalan kajian yang tidak berstruktur bagi membolehkan pengkaji mendalami pengalaman sebenar peserta dalam menggunakan pembelajaran kendiri ke atas pelajar. Keputusan daripada temubual ini menunjukkan peserta-peserta bersetuju 1) pembelajaran kendiri bermaksud pelajar yang mengawal dan merancang pembelajarannya sendiri iaitu mereka belajar sendiri tanpa kawalan pengajar sama ada individu atau berkumpulan. 2) Pembelajaran kendiri ini memberikan kesan yang baik dan positif ke atas pelajar melalui pemerhatian mereka terhadap hasil tugasan dan keputusan peperiksaan. 3) Pembelajaran kendiri boleh membantu pelajar dalam memberikan perawatan terhadap pesakit.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Masters" not defined])
Uncontrolled Keywords: Pembelajaran Kendiri, Pendidikan Kejururawatan, Kajian Kes, Pemikiran Kritikal, Pembelajaran Berasaskan Masalah.
Divisions: Universiti Utara Malaysia
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 03:32
Last Modified: 20 Nov 2013 03:32
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/2726

Actions (login required)

View Item View Item