Peranan Sastera Dalam Menjana Modal Insan Pelajar Melayu Ke Arah Kemajuan Pendidikan

Mohd Zubir, siti Khariah (2010) Peranan Sastera Dalam Menjana Modal Insan Pelajar Melayu Ke Arah Kemajuan Pendidikan. In: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa, 29-31 Mac 2010, Perlis,malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: http://hdl.handle.net/123456789/7942

Abstract

Kesusasteraan adalah satu cabang kesenian. Istilah kesenian atau seni bererti hasil ciptaan atau karya manusia yang berbentuk tulisan dan mengandungi unsur keindahan. Kesusasteraan bukan sahaja berunsur keindahan tetapi terkandung juga dengan unsur falsafah, pengajaran, pendidikan, kiasan dan perbandingan hidup dan seni pemikiran. Penulis yang mencipta karya cuba melukiskan sesuatu peristiwa atau kejadian, bahkan dapat pula menyelami jiwa yang dialami oleh seseorang yang dijadikan watak dalam karyanya. Kesusasteraan Melayu berfungsi sebagai alat pendidikan yang dapat mengimbangi rohani, mental, emosi, sahsiah dan sosial seseorang. Manakala modal insan pula merupakan individu yang tidak bersifat individualistik tetapi bersifat sebahagian daripada masyarakat Malaysia yang berilmu, berkeyakinan, memiliki nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, keluarga mantap, berdisiplin, dinamik, berdaya tahan tinggi, berinovasi, kreatif, sihat, bersemangat patriotik dan kenegaraan, adil, bersikap progresif, cekal, berintegrasi dan berbudaya saing. Kombinasi daripada peranan sastera dan individu yang berperanan sebagai modal insan dapat menjana pembangunan pelajar Melayu yang berdaya saing ke arah kemajuan pendidikan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Melayu,kesusasteraan,kesenian,pendidikan
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:49
Last Modified: 20 Nov 2013 02:49
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/2441

Actions (login required)

View Item View Item