Pembinaan Karakter Guru Komsas Kbsm Yang Berkualiti Melalui Sifat Mahmudah

Nik Ab Kadir, nik Hassan Basri (2010) Pembinaan Karakter Guru Komsas Kbsm Yang Berkualiti Melalui Sifat Mahmudah. In: International Conference On Teacher Education, 8-10 Nov 2010, Bandung, Indonesia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: http://file.upi.edu/direktori/proceeding/upi-upsi/...

Abstract

Guru sebagai pendidik bukan sekadar menyampaikan maklumat berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarnya tetapi juga sebagai penggerak, pembimbing dan penasihat yang setia kepada murid. Demikianlah dalam membina karakter guru Komsas KBSM yang berkualiti. Guru Komsas perlu memiliki sifat mahmudah, iaitu sanggup melayan karenah atau masalah daripada setiap orang muridnya tanpa mengambil kira masalah itu berat atau sebaliknya. Bahkan, dia perlu sentiasa sedar dan jelas akan tanggungjawabnya dalam memberikan pendidikan lebih bermakna jika dibandingkan dengan titik peluh yang keluar pada setiap saat. Malahan dia mesti bersedia dan mampu menyelaraskan matlamat negara, iaitu melahirkan insan kamil yang berilmu, berpengetahuan, berkemahiran, berketerampilan demi keluarga, bangsa, agama dan negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, guru Komsas bukan sahaja mesti berpengalaman dan berkemahiran dalam mengajar bidang ilmu bahasa yang diamanahkan kepadanya tetapi pandai memainkan peranannya termasuklah menggunakan daya kreativitinya untuk memilih dan mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran komsas agar menarik dan sesuai dengan kebolehan muridnya dan senantiasa bersiap sedia untuk menokok tambah langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran agar langkah-langkah yang diambilnya itu menjadi lebih bermakna, menarik dan berkesan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Guru Komsas Kbsm,mahmudah,penggerak,pembimbing,penasihat
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:46
Last Modified: 20 Nov 2013 02:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/2375

Actions (login required)

View Item View Item