Membentuk Insan Kamil Menerusi Sastera Kanak-kanak Berunsur Islam

Haji Omar, ani (2012) Membentuk Insan Kamil Menerusi Sastera Kanak-kanak Berunsur Islam. In: 5th Upsi-upi Conference On Education, 1-3 Okt 2012, Selangor,malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Sastera kanak-kanak atau dalam bahasa Arabnya Adab al-Atfal merupakan pengucapan indah yang merangkumi pelbagai bentuk puisi dan prosa sama ada secara lisan mahupun bertulis digubah khusus untuk kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi terhadap cerita-cerita yang menarik antaranya cerita-cerita haiwan. Kertas kerja ini bertujuan mengenengahkan cerita-cerita haiwan dalam sastera kanak-kanak Melayu bersumberkan kitab suci Al-Quran. Sehubungan dengan itu kajian ini menggunakan metod analisis kandungan teks Koleksi Kisah Haiwan di dalam Al-Quran (2012) Fokus kajian ini ialah fungsi cerita haiwan dalam sastera kanak-kanak khususnya bersumberkan kitab suci Al-Quran. Hasil kajian mendapati Allah telah mencipta haiwan-haiwan ini dengan pelbagai sifat yang unik dan memberi banyak manfaat kepada manusia untuk direnungi dan diambil ikhtibar. Sehubungan dengan itu dalam membentuk jiwa insan kamil di jiwa kanak-kanak, hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Selain daripada itu kanak-kanak juga harus diasuh untuk menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada-Nya. Inilah antara fungsi penting dalam pendidikan kanak-kanak menerusi pengaplikasian sastera kanak-kanak bersumberkan cerita-cerita haiwan yang terdapat di dalam Al-Quran. Penggunaan cerita dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu metode yang efektif, menarik dan berkesan khususnya kepada kanak-kanak. Selanjutnya menjadi wadah penting yang membantu ke arah membimbing, mendidik dan melatih mereka menjadi kanak-kanak yang soleh dan solehah serta memiliki ciri-ciri insan kamil.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Insan Kamil,sastera Kanak-kanak,al-quran,keimanan,ketaqwaan
Subjects: Childhood Education > Early Childhood Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:44
Last Modified: 20 Nov 2013 02:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/2316

Actions (login required)

View Item View Item