Kepentingan Peta Minda Sebagai Alat Berfikir Dalam Mengambil Nota Kuliah

Tee, tze Kiong (2010) Kepentingan Peta Minda Sebagai Alat Berfikir Dalam Mengambil Nota Kuliah. In: 15th International Conference On Education, 24-27 Mei 2010, Brunei.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: http://eprints.uthm.edu.my/609/1/jailani_(ice_2010...

Abstract

Aktiviti berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang (Yee et al., 2009). Kemahiran berfikir pula bergantung kepada kemahiran seseorang individu untuk mengendalikan potensi kecerdasan otaknya. Som dan Mohd Dahalan (1998) pula menerangkan bahawa alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu individu menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Alat-alat berfikir ini mampu menyampaikan idea seseorang dengan lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Menurut Tee et al. (b) (2009), terdapat beberapa alat berfikir yang lazim digunakan dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu soalan dan penyoalan, pengurusan grafik, peta minda dan Cognitive Research Trust (CoRT). Namun begitu, setiap jenis alat berfikir mempunyai fungsi dan kegunaan yang unik. Menurut Buzan (2003), peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan. Widad dan Kandar (2006) pula menyatakan bahawa peta minda adalah alat berfikir yang sangat berguna. Artikel ini akan membincangkan konsep alat berfikir yang meliputi jenis dan kegunaan. Selain itu, artikel ini juga turut membicarakan kepentingan penggunaan peta minda dalam mengambil nota secara khusus.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Alat Berfikir,peta Minda
Subjects: Higher Education > Higher Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:40
Last Modified: 20 Nov 2013 02:40
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/2248

Actions (login required)

View Item View Item