Kaberkesanan Kaedah Visualisasi Penjelajahan Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Pembelajaran Peta Menggunakan Google Earth

Ubaidullah, nor Hasbiah and Mailok, ramlah and Fabil, norasikin and Hassan, haslina (2012) Kaberkesanan Kaedah Visualisasi Penjelajahan Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Pembelajaran Peta Menggunakan Google Earth. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Ipta, 7-9 Okt 2012, Johor,malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromcd/pd...

Abstract

Kaedah Visualisasi Penjelajahan (Penerokaan) dalam Pembelajaran Peta Menggunakan Google Earth. Visualisasi Penjelajahan (Penerokaan) berdasarkan visual ingatan, visual bayangan seterusnya visual pengetahuan. Ia bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah visualisasi penjelajahan (penerokaan) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi pelajar tingkatan lima di dua buah sekolah di daerah Gombak, Selangor. Kajian ini dibuat berdasarkan kaedah kuantitatif iaitu seramai 71 orang murid telah dipilih sebagai sampel kajian yang dijalankan dua buah sekolah di Daerah Gombak. Ujian pencapaian iaitu ujian pra dan ujian pasca digunakan sebagai alat kajian. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan ujian –t pada aras 0.05. dan kekerapan, peratusan serta min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah visualisasi penjelajahan dapat meningkatkan prestasi pelajar terhadap topik yang diajar, malah ia juga dapat menggunakan pengetahuan yang baru diperolehi daripada kaedah pembelajaran visualisasi penjelajahan untuk mengaitkan dengan fakta yang diberikan oleh guru dalam kelas. Oleh itu, pembelajaran menggunakan pengintegrasian Google Earth di awal pembelajaran adalah dicadangkan untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran Geografi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Visualisasi Penjelajahan,pembelajaran Peta,google Earth
Subjects: ?? O1,S3 ??
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:39
Last Modified: 20 Nov 2013 02:39
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/2215

Actions (login required)

View Item View Item