Aplikasi Reka Bentuk Sistem Visualisasi Maklumat Berasaskan Teori Persepsi Visual Dalam Ilmu Hadis

Fabil, Norasikin and Ismail, Zawawi and Mohd Noah, Shahrul Azman and Shukur, Zarina and Salim, Juhana Aplikasi Reka Bentuk Sistem Visualisasi Maklumat Berasaskan Teori Persepsi Visual Dalam Ilmu Hadis. Journal Of Islamic And Arabic Education, Volume.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: http://journalarticle.ukm.my/2196/1/21_0.pdf

Abstract

Visualisasi maklumat (VM) merupakan satu bidang yang berpotensi dalam proses mengembangkan kaedah capaian, pemprosesan dan pengurusan maklumat (Chen & Czerwinski, 2000). Aplikasi Visualisasi Maklumat (VM) ini turut dibangunkan dlaam bidang pendidikan sebagai bahan pembelajaran kerana kelebihan dan keunikan teknik visualisasi maklumat yang berkeupayaan dalam meningkatkan proses pemahaman melalui penggunaan visual. Di samping itu, aplikasi visualisasi maklumat juga mampu menguruskan sumber data yang banyak dan konsep yang kompleks dalam aktiviti pembelajaran. Walaupun teknik visualisasi maklumat berfaedah bagi aktiviti pemerolehan maklumat dan pembelajaran, pembangunan visual yang dibina bukanlah visual semata-mata tetapi ia melibatkan pembinaan bahan yang berdasarkan teori yang menyokong pemahaman visual tertentu. Justeru, kajian ini menjadikan Teori Perspektif Visual (TPV) sebagai asas dalam pembangunan untuk mengkaji kesesuaiannya dengan persekitaran data ilmu hadis. Keseimbangan kepada reka bentuk visual yang baik dapat membina perceptual system manusia bagi memahami konsep dan mentafsir maklumat dengan lebih mudah, cepat dan tepat. Berdasarkan teori persepsi visual ini, kajian ini mengkaji kesesuaiannya dengan keperluan perolehan hadis bagi menghasilkan satu reka bentuk system visualisasi maklumat berasaskan teori persepsi visual.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Visual, Teori Persepsi Visual, Visualisasi Maklumat, Sistem Maklumat Ilmu Hadis
Subjects: Religious and Moral Education > Islamic Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:22
Last Modified: 20 Nov 2013 02:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1835

Actions (login required)

View Item View Item