Pendekatan Pengajaran, Gaya Belajar Dan Jenis Penilaian Dalam Mata Pelajaran Sains Sukan Di Sekolah Menengah.

Jani, Julismah and Ong, Kuan Boon and Madon, Mohd Sani and Ahmad, Hishamuddin and Mohamad Khalid, Nur Haziyanti and Ahmad, Yusof Pendekatan Pengajaran, Gaya Belajar Dan Jenis Penilaian Dalam Mata Pelajaran Sains Sukan Di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, Volume.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2034_2%2020...

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pendekatan pengajaran guru, gaya belajar pelajar dan jenis penilaian dalam pelaksanaan mata pelajaran Sains Sukan Tingkatan 4 di sekolah menengah. Kajian ini turut mengkaji hubungan antara gaya belajar dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Sampel kajian terdiri daripada 208 orang guru yang mengajar mata pelajaran Sains Sukan dan 2729 orang pelajar yang mengikuti mata pelajaran Sains Sukan di sekolah menengah yang terpilih.Instrumen kajian berupa soal selidik terhadap guru dengan nilai kebolehpercayaan a = .962 dan soal selidik terhadap pelajar dengan nilai kebolehpercayaan a = .799. Keputusan kajian mendapati pendekatan pengajaran guru dari segi strategi pengurusan pengajaran adalah pada tahap sederhana, manakala teknik pengajaran dan pengetahuan kandungan guru dalam mata pelajaran Sains Sukan Tingkatan 4 adalah pada tahap tinggi. Kajian ini turut mendapati pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Sains Sukan serta cenderung kepada gaya belajar perseptual yang melibatkan visual, auditori dan kinestetik, tetapi pada tahap sederhana. Jenis penilaian bagi mengukur pencapaian pembelajaran pelajar ialah ujian bertulis, ujian amali, ujian lisan, peperiksaan semester, projek dan penilaian prestasi. Tahap pencapaian pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Sains Sukan Tingkatan 4 adalah 9.2 peratus gred A, 21 peratus gred B, 38.9 peratus gred C dan 18.5 peratus gred D. Faktor belajar mempunyai hubungan yang rendah, tetapi signifikan (r = .17**, p < .00) dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains Sukan Tingkatan 4.Kesimpulannya pendekatan pengajaran guru hendaklah bersesuaian dengan gaya belajar pelajar dan melibatkan proses penilaian yang dipelbagaikan untuk menilai pencapaian pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Sains Sukan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pendekatan Pengajaran, Gaya Belajar, Jenis Penilaian, Pencapaian Pembelajaran, Mata Pelajaan Sains Sukan
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:22
Last Modified: 20 Nov 2013 02:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1833

Actions (login required)

View Item View Item