Keberkesanan Kaedah Numbered Heads Together” Terhadap Pencapaian Biologi Dalam Kalangan Pelajar Di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Ong, Eng Tek and Tan, Sek Chin Keberkesanan Kaedah Numbered Heads Together” Terhadap Pencapaian Biologi Dalam Kalangan Pelajar Di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jurnal Teknologi, Volume.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: http://www.jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnal...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif jenis Numbered Heads Together (NHT) berbanding dengan kaedah kuliah dalam meningkatkan pencapaian Biologi dalam kalangan pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dengan menggunakan reka bentuk pretest-posttest control group design, seramai 30 orang pelajar dipilih secara rawak untuk mengikuti kaedah koperatif manakala 30 orang pelajar lagi mengikuti kaedah kuliah. Pencapaian pelajar dalam kursus Pengenalan Biologi II” (kod rasmi TBA1023) dengan sub topik Human Respiratory System” diukur melalui satu ujian 20 item aneka pilihan yang dijana oleh pengkaji dan mempunyai kesahan serta kebolehpercayaan yang sesuai. Penganalisisan data dengan kaedah analysis of covariance (ANCOVA) menunjukkan bahawa min terlaras (79.90) bagi kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi dan signifikan secara statistik (F(1,57) = 16.63, p < .001) berbanding dengan min terlaras (73.70) kumpulan kawalan. Perbezaan min terlaras ini, yang memihak kepada kumpulan koperatif jenis Numbered Heads Together, adalah juga signifikan secara pendidikan (educationally significant) berdasarkan pengiraan kesan saiz (effect size) bernilai 0.83 yang bersamaan dengan empat per lima sisihan piawai. Dapatan kajian ini dibincang dalam konteks pendidikan sains di peringkat pengajian tinggi dan diakhiri dengan implikasi untuk kajian-kajian masa depan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pembelajaran Koperatif; Numbered Heads Together; Pendidikan Biologi
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:20
Last Modified: 20 Nov 2013 02:20
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1603

Actions (login required)

View Item View Item