Strategi Pembelajaran Pengalaman Berasaskan Model Kolb Dalam Pendidikan Perakaunan

Yusof, Rohaila and Othman, Norasmah and Karim, Faridah Strategi Pembelajaran Pengalaman Berasaskan Model Kolb Dalam Pendidikan Perakaunan. Jurnal Pendidikan, Volume.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: http://journalarticle.ukm.my/154/1/1.pdf

Abstract

Gaya pembelajaran bermaksud kecenderungan individu dalam cara menerima dan memproses maklumat yang merupakan satu faktor perbezaan individu.Gaya pembelajaran adalah indikator yang stabil tentang bagaimana pelajar melihat, berinteraksi dan bertindak balas terhadap persekitaran pembelajaran. Umumnya, setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Oleh itu, perlu kaedah pengajaran yang pelbagai sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk menguji kesan gaya pembelajaran yang pelbagai terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran, dalam hal ini mata pelajaran pendidikan perakaunan. Gaya pembelajaran yang digunakan dalam kajian ini ialah gaya pembelajaran berasaskan kepada teori Kolb. Untuk itu, kaedah kuasi eksperimen telah dilaksanakan dengan melibatkan seramai 145 pelajar Kursus Pengantar Perakaunan Kewangan di sebuah IPTA. Tujuan kajian ialah menguji kesan gaya pembelajaran terhadap peningkatan kemahiran kognitif yang dibahagikan kepada dua aras kesukaran iaitu kemahiran teknikal (aras kognitif rendah) dan kemahiran analitikal (aras kognitif tinggi) melalui strategi pembelajaran pengalaman berasaskan Model Kolb (KPK) berbanding strategi pembelajaran tradisional (PT). Kesan gaya pembelajaran terhadap prestasi diukur sebelum rawatan dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat kesan kepelbagaian gaya pembelajaran terhadap prestasi pelajar sebelum rawatan.Selepas rawatan hasil kajian melalui analisis ANOVA dua-hala menunjukkan bahawa tidak ada signifikan bagi interaksi gaya pembelajaran dan rawatan.Seterusnya, perkaitan di antara empat fasa pembelajaran dalam strategi KPK diuji bagi melihat sama ada terdapat sumbangannya terhadap kemahiran kognitif. Fasa eksperimentasi aktif didapati mempunyai perkaitan yang kuat dengan pencapaian kemahiran kognitif. Sementara pencapaian kemahiran teknikal pula banyak disumbang oleh aktiviti fasa III dan IV iaitu eksperimentasi aktif dan konseptual abstrak. Fasa I dan II didapati menyumbang terhadap pencapaian kemahiran analitikal.

Item Type: Article
Subjects: Accountancy Education > Accountancy Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:20
Last Modified: 20 Nov 2013 02:20
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1583

Actions (login required)

View Item View Item