Pelaksanaan Peka Bagi Topik Pencemaran Air, Biologi Tingkatan Empat

Zurinah, Yunus and Saberi, Othman and Norhayati, Daud (2010) Pelaksanaan Peka Bagi Topik Pencemaran Air, Biologi Tingkatan Empat. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Masters" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan PEKA dalam pembelajaran topik pencemaran air bagi mata pelajaran Biologi Tingkatan Empat. Seramai 60 orang pelajar dari Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen yang terdiri dari 30 orang pelajar telah mengikuti pelaksanaan PEKA (pembelajaran konstruktivisme dan modul Kitaran Pembelajaran 5E) dan 30 orang pelajar lagi sebagai kumpulan kawalan yang telah mengikuti pembelajaran konstruktivisme sahaja. Dalam kajian ini dilaksanakan ujian pra, ujian pasca, soal selidik dan temu bual. Data yang terkumpul diuji dengan ujian statistik inferensi iaitu ujian-t untuk membezakan pencapaian pelajar-pelajar antara dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen dan kawalan. Demikian juga min skor minat pelajar terhadap Biologi dan sikap pelajar terhadap amali Biologi dibezakan dengan ujian-t. Ujian ANOVA digunakan untuk membezakan aspekaspek kemahiran proses sains. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat frekuensi dan peratusan persepsi pelajar kumpulan eksperimen terhadap PEKA Biologi. Hasil temu bual digunakan untuk menyokong keputusan hasil analisis statistik inferensi iaitu min skor sikap pelajar terhadap amali Biologi dan statistik deskriptif iaitu persepsi pelajar terhadap PEKA Biologi serta persepsi guru terhadap pelaksanaan PEKA Biologi. Hasil analisis menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar-pelajar dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Manakala, bagi perbezaan min skor minat pelajar terhadap Biologi dan min skor bagi sikap pelajar terhadap amali Biologi adalah tidak signifikan secara statistik bagi kedua-dua kumpulan kajian. Hasil daripada analisis statistik deskriptif menunjukkan pelajar berasa seronok apabila mendapat markah PEKA yang tinggi yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam Biologi. Hasil ini disokong melalui temu bual yang mana menunjukkan pelajar lebih seronok menjalani PEKA melalui kaedah pembelajaran yang digunakan.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Masters" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:13
Last Modified: 20 Nov 2013 02:13
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1524

Actions (login required)

View Item View Item