Hubungan Antara Tahap Penglibatan Dalam E-forum Dengan Kefahaman Pelajar Biologi Semester 7 Di Upsi

Nur Waheeda, Yunos and Norhayati, Daud (2008) Hubungan Antara Tahap Penglibatan Dalam E-forum Dengan Kefahaman Pelajar Biologi Semester 7 Di Upsi. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi melihat hubungan antara tahap penglibatan pelajar dengan kefahaman mereka hasil daripada pembelajaran dengan menggunakan kaedah e-forum. Sampel bagi kajian ini ialah seramai 100 orang pelajar Biologi semester 7 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 25 item hujung tertutup dan satu item hujung terbuka sebagai instrumen kajian. Item hujung tertutup menggunakan skala Likert dengan empat aras persetujuan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat korelasi yang signifikan di antara tahap penglibatan pelajar dalam e-forum dengan pemahaman pelajar terhadap subjek yang dipelajari apabila belajar dengan menggunakan e-forum di mana r= .523 pada aras p<0.05. Hipotesis nol ditolak. Namun begitu, hubungan antara kedua-dua pembolehubah ini adalah dengan kekuatan sederhana. Purata min bagi item tahap penglibatan pelajar juga adalah rendah iaitu 2.62 (s = 0.637). Untuk min keseluruhan, didapati min tahap penglibatan pelajar (31.5) lebih rendah berbanding min kefahaman pelajar (33.9). Masalah capaian internet yang tidak memuaskan merupakan faktor utama yang menyebabkan tahap penglibatan pelajar yang tidak aktif dalam e-forum.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:13
Last Modified: 20 Nov 2013 02:13
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1523

Actions (login required)

View Item View Item