Perbezaan Antara Simpulan Bahasa Dan Kata Majmuk Dari Segi Bentuk Dan Makna

Robiah, Yaacob and Abdullah, Hassan and Idris, Mohd. Radzi (2008) Perbezaan Antara Simpulan Bahasa Dan Kata Majmuk Dari Segi Bentuk Dan Makna. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Masters" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Bahasa Melayu kaya dengan simpulan bahasa yang digunakan bagi menggambarkan pelbagai perkara dan peristiwa. Penggunaaan simpulan bahasa sebagai salah satu cara yang halus dalam memperkatakan sesuatu telah menjadikan bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang unik dan indah. Setiap patah kata yang digunakan dalam simpulan bahasa mempunyai nilai estetika. Berbeza dengan penggunaan bahasa sehari-hari, pemilihan bentuk kata yang digunakan amat berkait rapat dengan alam pemikiran masyarakat Melayu. Kata majmuk masih hangat dibincangkan meskipun telah ramai penahu menulis mengenainya. Kajian ini cuba menghuraikan perbezaan simpulan bahasa dan kata majmuk dari segi bentuk dan makna. Sebanyak 52 perkataan daripada buku Sejarah Melayu yang dapat digolongkan sebagai simpulan bahasa dan kata majmuk diuji berdasarkan ciri-ciri ketidakbolehsisipan, ketidakbolehbalikan dan keanggotaan unsur yang tertutup. Hasil kajian jelas menunjukkan bahawa memang terdapat perbezaan antara simpulan bahasa dan kata majmuk berdasarkan bentuk dan maknanya.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Masters" not defined])
Subjects: Linguistics Education > Malay Language Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:13
Last Modified: 20 Nov 2013 02:13
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1515

Actions (login required)

View Item View Item