MODUL PENILAIAN KOMPREHENSIF BAGI PERTOLONGAN CEMAS DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (COMPREHENSIVE ASSESSMENT MODULE FOR FIRST AIDS IN PHYSICAL EDUCATION AND HEALTH)

Salimin, Norkhalid and Jani, Julismah and Rahmat, Azali and Mohamad Khhalid, Nur Haziyanti and Md Salleh, Omar MODUL PENILAIAN KOMPREHENSIF BAGI PERTOLONGAN CEMAS DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (COMPREHENSIVE ASSESSMENT MODULE FOR FIRST AIDS IN PHYSICAL EDUCATION AND HEALTH). Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 28, 155–171, 2013.

Full text not available from this repository.

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana pencapaian pembelajaran pelajar berdasarkan domain kognitif, psikomotor dan afektif melalui Modul Penilaian Komprehensif (MPK) bagi tajuk pertolongan cemas dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Reka bentuk kajian ini berupa kaedah pra eksperimen – reka bentuk kajian sekali gus. Kajian dijalankan di beberapa buah sekolah menengah daerah Larut, Matang dan Selama dalam negeri Perak dengan sampel terdiri daripada 15 orang guru dan 443 orang pelajar Tingkatan 2 yang mengikuti kelas PJK. Instrumen MPK pertolongan cemas mengandungi penilaian berupa rubrik pemarkahan bagi domain kognitif (r = .76), domain psikomotor (r = .92) dan domain afektif (r = .77) serta soal selidik tahap persetujuan guru terhadap penggunaan MPK bagi pertolongan cemas (r = .82). Peratus persetujuan guru bagi pertolongan cemas adalah 70.96% (SP = .83). Keputusan kajian menunjukkan pencapaian pembelajaran kognitif murid (M = 6.89, 68.90%) berada pada tahap baik, pencapaian psikomotor semasa sesi pengajaran pada aras ketepatan perlakuan (n = 438, M = 2.68) dan semasa sesi simulasi pada aras ketepatan perlakuan (n = 443, M = 3.43) manakala pencapaian afektif pada aras membina perwatakan (n = 443, M = 4.17). Kajian juga mendapati 90.53% guru bersetuju bahawa penggunaan MPK mampu meningkatkan pencapaian pembelajaran murid, 88.00% bersetuju MPK membantu dalam pengurusan pengajaran guru, 95.94% bersetuju penggunaan MPK mencapai objektif pengajaran, 79.46% bersetuju bahawa MPK menepati ciri modul penilaian dan 58.67% setuju bahawa MPK mudah dilaksanakan. Berdasarkan dapatan, instrumen MPK ini sesuai digunakan sebagai alat ukur yang piawai bagi menilai pencapaian pembelajaran murid dalam tajuk pertolongan cemas bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. The purpose of this study was to identify student' learning achievement based on cognitive, psychomotor and affective domain through the Comprehensive Assessment Module (CAM) on first aid in Physical Education and Health subjects. A preexperimental – one shot case studies design was conducted in secondary schools in district of Larut, Matang and Selama in Perak, Malaysia. The sample consisted of 15 teachers and 443 of Form 2 students who attended the Physical Education class. The instrument used scoring rubrics of cognitive domain (r = .76), psychomotor domain (r = .92) and affective domain (r = .77). Questionnaires on the usage of a CAM on first aids (r = .82) was also used in this study. Inter observer agreement for first aid (70.96%, SD = .83). Results showed that students' cognitive achievement on first aids were good (M = 6.89, 68.90%). The highest achievement of psychomotor learning during teaching session is at develop precision level (n = 438, M = 2.68), and during simulation session was at articulation level (n = 443, M = 4.02). The highest achievement of affective learning is at organize level (n = 443, M = 4.17). The results showed that 90.53% of teachers agreed that the use of CAM can improve student achievement, 88.00% agreed that the instrument is to assist in the teaching, 95.94% agreed that the assessment is to achieve the objectives of teaching, 79.46% agreed that the assessment is compatible with the module assessment and 58.67% agreed that the CAM can be easily implemented. Based on the findings, the CAM is suitable as a standard tool for assessing student achievement on first aid for the Physical Education and Health subject.

Item Type: Article
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Physics Education > Physics Education
Divisions: Universiti Sains Malaysia
Depositing User: AkramSoltani
Date Deposited: 21 Oct 2015 17:04
Last Modified: 21 Oct 2015 17:04
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/15135

Actions (login required)

View Item View Item