Kesan Penggunaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah Terhadap Pencapaian, Kemahiran Proses Sains Dan Motivasi Pelajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi

Suzilawati, Shamsuddin and Shakinaz, Desa and Eng Tek, Ong (2007) Kesan Penggunaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah Terhadap Pencapaian, Kemahiran Proses Sains Dan Motivasi Pelajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Masters" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) terhadap pencapaian, kemahiran proses sains dan motivasi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi berbanding pengajaran biasa (PB). Kajian ini juga mengumpul maklumat tentang persepsi dan penerimaan pelajar dan guru terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk kuasi eksperimen yang melibatkan 76 orang pelajar tingkatan 4 iaitu 37 dalam kumpulan rawatan dan 39 orang dalam kumpulan kawalan dan seorang guru Biologi dari sebuah sekolah di Daerah Kinta. Pengumpulan data telah dijalankan melalui ujian pencapaian dan soal selidik motivasi yang telah diberikan kepada semua pelajar manakala data bagi persepsi dan penerimaan guru dan pelajar terhadap PBM diperolehi melalui soal selidik yang dikendalikan ke atas pelajar-pelajar dan guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran PBM sahaja. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian keseluruhan pelajar-pelajar yang mengikuti PBM adalah lebih tinggi dan signifikan secara statistik jika dibandingkan dengan pencapaian keseluruhan pelajar-pelajar yang mengikuti pengajaran biasa. Walaubagaimanapun analisis ANCOVA menunjukkan perbezaan pencapaian keseluruhan ini adalah disumbang oleh dua aras sahaja iaitu pencapaian aras analisis dan penilaian. Dapatan kajian bagi kemahiran proses sains menunjukkan kemahiran proses sains pelajarpelajar yang mengikuti PBM adalah lebih tinggi dan signifikan secara statistik jika dibandingkan dengan kemahiran proses sains pelajar-pelajar yang mengikuti pengajaran biasa. Analisis ANCOVA bagi kemahiran proses sains pula menunjukkan terdapat perbezaaan secara statistik di antara pencapaian pelajar-pelajar yang mengikuti PBM dengan pencapaian pelajar–pelajar yang mengikuti PB bagi aspek membuat pernyataan masalah, membuat hipotesis dan menulis teknik. Dapatan kajian bagi tahap motivasi menunjukkan terdapat perbezaaan yang signifikan secara statistik di antara komponen nilai pembelajaran biologi, sasaran tingkah laku dan stimulasi persekitaran pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang mengikuti PBM dengan pencapaian pelajar–pelajar yang mengikuti PB. Pelajar dan guru menunjukkan respons penerimaan yang positif terhadap pelaksanaan pendekatan PBM di dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Masters" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1476

Actions (login required)

View Item View Item